Laman Pautan Lain

Wednesday, September 28

[ Cepen ] Berjenaka Dalam Dakwah.


Kalau mencari perbezaan
Yang jelas di mata
Adalah kelainan dan berlawanan
Ketaranya bertentangan.

Anggaplah suatu ketidaksaaman itu
Rahmat yang menjadikan kehidupan
Lebih berseri dan bermaya
Merangsang produktiviti untuk diri dan agama
Mencerna ukhwah yang meriah
Diskusi dan muzakarah yang indah
Sebagai medan penyelesaian masalah

Tidak perlu saling menonjolkan diri
Aku sahajalah yang cantik!
Aku sahajalah yang pandai!
Aku sahajalah yang betul!
Semuanya adalah aku!

Hak dia?
Hak mereka?
Di mana di campakkan?
Di tong sampah?
Di sampahkan alasan lalu di bungkus.

Marilah melihat persamaan
Di sebalik perbezaan
Marilah kita selak perbezaan
Apa yang ada dalam perbezaan membawa makna
Bahawa “ setiap muslim itu bersaudara”
Bertuhankan Tuhan yang sama
Berkiblatkan arah yang sama
Bernabikan Nabi yang sama.

Cuma yang membezakan diri kita adalah
Yang menjadikan diri kita ini mulia atau hina adalah
Adalah keimanan dan ketaqwaan daripada-Nya

Aku duduk bersimpuh di atas satu pangkin di bawah pohon rembia. Pohon yang rendang memang menjadi tempat aku beristirehat sekiranya pulang ke rumah Tok Ayah. Lama juga aku berkenalan dengan Tok Ayah. Aku berkira-kira dalam hati. Dari aku kecil. Sampai kini umur aku menginjakkan ke usia belasan tahun. Banyak yang Tok Ayah ajar dan didik pada diri aku.

Dari aku tidak kenal apa itu dunia, apa itu kehidupan. Apa itu belajar dengan alam, kini semuanya aku hampir memahami. Dari jauh kelihatan sesusuk tubuh. Berkerudung biru langit. Aku sudah dapat mengagak dari jauh siapa gerangan punya badan. Cucu kepada Tok Ayah. Seusia dengan diri aku. mungkin, aku sendiri tidak pasti.

“ Assalamualaikum. Jauh Saad termenung? Teringat makwe ke? Lama dah sampai kat rumah tok?”

“ Wa’alaikumusalam. Owh, Syimah. Mana ada termenung. Ni ha ambil angin. Nikan tempat Ad dengan tok. Ad tunggu tok ni. mana tah tok. Emm, dah dua hari Ad sampai. Biasalahkan cuti sekolah. Ad ni bukan ada kampung nak balik.” aku membuat muka sedih. Mahu minta simpati.

“ Ha, bila Syimah sampai? Ada nampak Tok? Tadi ada.”

“ Syimah baru je sampai tadi kat rumah ayah. Tok tadi ada kat depan. Nanti Syimah panggilkan tok. Syimah masuk dulu.”

Cantik. Memang cantik cucu Tok Ayah. Sopan dan ayu. Tapi, aku tidak hanyut dengan cantik yang hanya sementara. Tok Ayah berjalan ke arah aku dengan cucunya Nazatul Hasyimah.

“ Ha, sampai pun tok. Ad fikir tok tak nak duduk sini petang-petang. Semalam tok cakap ada benda nak cakap kat Ad, apa dia tok?”

“ Syimah, tuangkan air untuk Ad ni. nantilah, tok kan baru sampai. Ha, Syimah pun duduk sini sekali. Dengar apa yang selalu Tok Ayah cakap. Sebenarnya tok nak tanya kat Ad semalam. Tapi dah penat bercerita. Ni tok nak tanya, Ad sekarang ada belajar bahasa arabkan?” tanya Tok Ayah sambil menghirup air kopi buatan cucu kesayangan.

“ ada, tapi bukan bahasa arab berat tok, cuma bahasa arab komunikasi je.”

“ tak pelah, asalkan belajar. Belajar betul-betul. Bukan senang nak dapat masuk ke rancangan khas agama tau. Pelajar yang terpilih je boleh dapat.”

“ Baik tok, tapi sebenarnya Tok Ayah bukan nak tanya nikan? Ada benda lain yang Tok Ayah nak tanya.” Aku meneka reaksi Tok Ayah. Riak wajahnya nampak sedikit terkejut.

“ Wah, dah pandai menilik sekarang ni. siapa ajar?”

“ Tok lah ajar. Hehe.” Aku tersenyum nipis.

“ Tok sebenarnya nak tanya kat Ad, satu soalan yang menarik. Tok nak ajak Ad, berfikir.”

Aku makin tidak sabar. Selalu aku di uji dengan kerenah Tok Ayah yang sebegini. “ Apa dia Tok?”

“ soalannya macam ni, tok nak tanya Ad, yang belajar agama. Apakah ada kebarankalian semua yang kita lakukan ini akan berhasil? Akan tertunai? Macam Ad misalnya. Saad belajar agama. Tak mungkin Ad nanti akan jadi seorang jurutera?”

Aku menganguk tanda setuju.

“ apakah semua yang berada di university akan berjaya mendapat segulung ijazah? Dan membawa pulang untuk keluarga di rumah? Dan kalau lulus, adakah mereka pasti mereka akan dapat peluang pekerjaan?”

Aku menggelengkan kepala.

“ apakah yang telah berjaya menamatkan ijazah akan pasti mereka akan berkahwin?” Tok Ayah menambah soalan.

Aku menidakkan dengan menggelengkan kepala.

“ Apakah mereka yang sudah berkahwin akan berhasil mendapat seorang dua anak?”

Aku menggeleng lagi.

“ apakah semua yang beranak sudah pasti akan sempat melihat anak mereka membesar?”

Aku penat menggelengkan kepala. “ kenapa tok tanya?”

“ sabarlah Ad. Kalau Ad, nak tahu. Semua yang kita rancang akan berlaku. Mungkin tidak. Hanya satu sahaja yang pasti terjadi. Kita langsung tidak pedulikannya bila ia akan datang.”

“ Apa dia tok?”

“ kalau tok panggil Ad dengan gelaran wahai bakal jenazah?”

Aku terdiam. Memikirkan. Betul juga apa yang Tok Ayah cakapkan. Ia memberikan satu pukulan maut kepada diriku.

“ Boleh tok, sebab kita tidak mungkin akan mengubah sesuatukan?”

“ Betul Ad, jadi buat apa kita nak panggil dengan gelarang bakal graduan? Bakal Datuk? Tan Sri. Hari itu tok ada buat usrah di surau. Mereka ketawa. Tetapi ad tidak.”

“ Tapi tok ada lagi kisah yang besar nak cerita pada Ad.”

“ Apa dia tok?”

“ Berdakwah sambil berjenaka.”

Lawak dan ceramah

“ saya tidak suka ustaz itu. Dia selalu buat lawak. Sunnah ke lawak itu?” tegas seorang anak muda.

Adakah melawak itu sunnah?

Jika melawak itu melawak yang tidak senonoh, berlebihan tawanya, penuh dengan penghinaan atau berakhir tanpa manfaat maka jelas ia jauh sekali dari ajaran Islam.

Sabda Rasulullah :

“ Janganlah kamu membanyakkan ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa akan membuatkan hati kamu mati.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Banyak ketawa, banyak bermain, banyak bercakap, banyak menangis atau apa sahaja yang keterlaluan pasti akan menjurus kepada kemurkaan Allah. Banyak itu yang perlu di pelejari bagaimana dengan kesesuainnya. Bukan dengan meninggalkan seluruh perbuatan yang harus.

Demikian jugalah dengan banyaknya, melawak, ketawa dan berjenaka.
Abu Hurairah menceritakan dalam satu kisah, bagaimana para sahabat kaget dengan gurauan Rasulullah. Lalu mereka bertanya. “ Ya Rasulullah. Sesungguhnya kamu bergurau denda dengan kami?”

Baginda menjawab:

“ Ya aku juga bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan yang benar sahaja” (Riwayat At-Tarmizi dan Ahmad)

Bergurau jenakan adalah seni dalam kehiduan manusia. Bergurau ada jiwa. Sama dengan diri kita. Ada jiwa.

Kebolehan manusia untuk bergelak ketawa adalah satu fitrah dirinya yang memerlukan makanan. Apabila manusia ketawa seluruh jiwanya akan menjadi positif dan ia menjadikan manusia itu senang lagi di senangi.

Tidak menghairankan apabila lawak jenaka, kelucuan dan gurau senda telah wujud seiring dengan peredaran zaman. Termasuk di lingkungan kehidupan di zaman era Nubuwah bersama dengan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w

“ jadi macam mana tok? Macam menarik je.” Aku mencelah di sebalik kata-kata Tok Ayah.

Jenaka Di Era Nubuwah

“ wahai utusan Allah, doakanlah buatku agar diriku masuk ke syurga.” Kata seorang wanita tua kepada Rasulullah.

“ wahai ibu fulan bin fulan, orang tua tidak akan masuk ke dalam syurga.”

Wanita tua itu terkejut dengan jawapan Rasulullah lalu menangis dan meninggalkan majlis.

Baginda memberitahu kepada para sahabat .” beritahulah kepadanya bahawa beliau tidak akan masuk ke syurga sebagai orang tua, kerana Allah berfirman: “ sesungguhnya Kami telah menjadikan perempuan-perempuan itu istimewa. Yang Kami jadikan mereka gadis dara semuanya.” ( Al-Waqiah : 35-36)

Kisah ini di riwayatkan oleh Tarmidzi dengan martabat Hasan.

Begitulah watak baginda. Baginda bergurau dengan mekanisme kata-kata ironi, sarcarsm dan permainan perkataan. Baginda menjadikan perbualan, pengajaran dan kehidupan hariannya bersama sahabat.

Kerana itu baginda boleh mengajak isterinya Aishah r.ha berlumba lari.

Islam Itu Indah

“ Tapikan tok, ada satu masa tu. Ad dengan kawan-kawan tengah usrah. Dia buat lawak, tapi naqib Ad marah. Dia cakap macam ni, tak baik gelak-gelak. Tak thiqah. Yang tu macam mana tok? Lepas tu baru semuanya senyap.” aku mengajukan soalan kepada si tua yang banyak ilmu ini.

“ berhati keras, bermasam muka, tidak bergurau, tidak faham gurauan dan miskin senyuman apatah lagi ketawa adalah satu watak yang jauh dengan sifat keperibadian Rasulullah.”

“ Bergurau senda dan ketawa yang berlebihan itu yang tidak kena dengan masa dan suasana itulah yang di cela oleh Rasulullah. Bergurau sendalah kita dengan isteri, suami dan anak-anak. Bergurau sendalah dengan mad’u di dalam dakwah. Bergurau sendalah dalam kehidupan seharian.”

Bersederhanalah!

Kerna dengan bergurau senda ia akan menyegarkan fikiran, merangsang perhatian dan menyemai kasih sayang yang berpanjangan.
Indahnya Islam kerana semuanya tepat pada sebuah kesederhanaan.

No comments:

Post a Comment

Yang suka berbual