Laman Pautan Lain

Wednesday, August 17

Cerpen: Denai Kehidupan




Ada awan petang kemerah-merahan di angkasa raya. Bunyi burung terbang berkicauan indah. Mungkin mereka sedang berzikir. Mungkin  mereka sudah mahu masuk berehat setelah berharian penat mencari rezeki. Cuma manusia yang tak mengerti.

Memang amat mendamaikan suasana petang. Dengan tasik yang tenang. Setenang hati seorang hamba yang bersyukur akan setiap kejadian. Aku duduk termenung jauh. Termenung memikirkan nasib diri. Adakah diri aku ni nanti suatu hari nanti akan jadi seperti dia? Seperti yang di harapkan oleh Dia?

Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan. (Al-An'aam 6:132) 

“ akh, jauh akh menung?” sapa Imtiaz dari belakang.

“ Ishk, anta ni. cuba la bagi salam dulu. Kan kita ni orang timur. Kena ada adab ketimuran dan adab sopan.”

“ Hehe…, jangan la marah encik Mumtaz.”

“ Tak marahlah. Cuma tegur je. Kan teguran ni bagus. Kalau kita tak ingatkan orang lain. Tu pun bukan ciri kehidupan. Sebab kita hidup ni saling bergantungan antara satu sama lain. Ana memerlukan akh, dalam peneguran, akh perlukan ana untuk bimbingan. Ana memerlukan tumbuhan untuk oksigen. Tumbuhan memerlukan ana untuk karbon dioksida.” Mumtaz tersengih.

“ Akh, ana rasa ana ni dah jauh terpesong. Terpesong dari apa yang mas’ul kita ajar. Terpesong dari apa yang ana sendiri pelajari.” Sambil duduk berteleku, Imtiaz tunduk sayu memandang tasik. Macam layu di tasik madu.

“ Maksud akh?”

“ermm.”

“ Kenapa erm?”

“ Entahlah, ana rasa serba tak kena. Ana tak rasa benda ni salah. Ana tak rasa ana buat salah. Tapi ana asik pikir je” luah Imtiaz.

“ pikir apa? Cuba anta citer pelan-pelan. Bagi ana faham?” macam ziana zain pun ada juga gaya kening yang di buat oleh Mumtaz.

“ Ana tengok mas’ul kita tu. Cakap gitu, cakap gini. Tapi apa yang dia cakap tu. Dia tak buat. Kenapa?”

“ ishk, anta nak ajak ana ngumpat ke petang-petang ni?”

“ tak dalah. Tu la ana dah cakap tadi. Ana serba salah. Nak cakap ngan akh. Takut ngumpat.”

“ lah, kenapa tak tegur sendiri kat mas’ul?”

“ ……”
“ Ok-ok. Nanti malam lepas isyak, jumpa ana. Ana ada nak siapkan sikit projek. Dr Burhanudin minta. Jangan di fikirkan sangat. Takut boleh rosakkan yang kat sini.” Sambil di tunjuk ke arah hati.

Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (Al-Nahl 16:91)

***
Tuk, tuk, tuk. Bunyik ketukan pintu bilik. Pintu di kuak. Kelihatan Imtiaz dan seorang lagi ikhwah datang berjumpa.

“ ha, sudah sampai jejeka idaman Malaya. Muka iras-iras aktor hebat Malaya. Rosyam Nor. Lelaki idaman wanita seMalayalah ni. Akh, dari mana? Surau ke kantin?” sebenarnya dari gaya Imtiaz sudah dapat di agak dari mana. Cuma berbahasa.

“ Ishk, mu ni. puji kawe hok gitu. Segan kawe. Hehe. Kawe dari café, beli moreh. ”

“ ana tau, akh memang pantang di puji. Dah jadi macam kiambanglah tu. Lah, ana pikir dari surau. Lagak macam imam besar.” Saja Mumtaz menyakat sahabat lamanya. Dah macam adik beradik.

“ ala, akh ni. macam tak kenal ana macam ne? malam-malam mesti cari makanan. Lagi-lagi akh suruh ana datang lepas isyak. Perut pulak bunyik je.”

“ ha, meh-meh. Air tu ana nak sikit. Kebetulan tengah haus ni.” sambil mengambil bungkusan di tangan Imtiaz.
“ Macam mana? Ada fikir lagi tak tentang mas’ul kita?”

“ ada. Tu yang ajak Din ni. saksi ana. Nanti akh cakap ana buat cerita pula.”

“ ha, meh sini. Apa ceritanya?”

“ ermm, macam ni. itu hari sebenarnya ana nampak mas’ul jalan dengan wanita. Pegang tangan. Ana terkejut. Ana nak tegur. Tapi takut.” Pengakuan Imtiaz di sertai anggukan Izzudin.

“ Owh, ni cerita kali ketiga ana dengar. Mula-mula ana fikir khabar angin. Kalau dah tiga orang cerita benda yang sama. Ana kenalah ambil tindakan.”

“ Akh berani menegur? Dia tu rapat dengan pengarah tau. Kang dia buat pape nanti macam ne? lagipun diakan mas’ul surau kita.  Tak ramai yang akan percaya.”

“ ana tak cakap pulak, yang ana nak menjaja cerita. Ana nak berjumpa dengan dia bersemuka terus dengan dia.”

“ Ikhwah juga manusia. Dia walaupun mas’ul. Dia juga perlu di tegur.”

“ Kenapa akh cakap macam tu?”

“ Akh, meh ana citer macam mana Nabi Muhammad menegur sahabat-sahabat nabi”

Diceritakan dalam riwayat yang berbeda oleh Ibn Al-Mubarok dalam dua kitabnya Al-Birr dan As-Shalah bahwa terjadi ketidaksepakatan antara Abu Dzar dan Bilal. Abu Dzar kemudian berkata kepada Bilal,

“Hei anak budak hitam”.

Rasulullah yang mendegar ini sangat marah, lalu beliau mengingatkan Abu Dzar dengan sabdanya dengan telunjuk mengarah ke wajah Abu Dzar,

"Engkau! Sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliah!"

Peringatan Rasulullah ini meninggalkan pengaruh yang teramat dalam pada diri Abu Dzar. Beliau kemudian meletakkan kepalanya di tanah dan bersumpah bahwa beliau tidak akan mengangkatnya sebelum Bilal menginjakkan kakinya di atas kepalanya.

Tentunya Bilal tidak melakukan apa yang dimahukan oleh Abu Dzar,sebaliknya dia berkata kepada Abu Dzar,

"Aku memaafkan Abu Dzar, Ya Rasulullah. Dan Biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak."
Lepas tu, ikhwah yang buat silap itu terus bergelumang dalam kesilapannya. Lebih malang. Terus bergelumang dengan dosa yang dia tidak perasan akan dia sedang melakukannya. Kerana apa?

Kerana sikap kita yang tidak menegur dia.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” 
[QS al-‘Asr, 103:1-3]

Ingat juga sirah yang termaktub dalam surah ‘Abasa, ketika mana Allah menegur Rasulullah SAW ketika dia memalingkan muka terhadap Abdullah Ummi Maktum yang buta yang datang mahukan Islam ketika Rasulullah SAW sedang berusaha menawarkan Islam kepada pembesar-pembesar pada ketika itu.

“ akh kena ingat, mas’ul juga manusia. Dia tidak sempurna. Yang menyempurnakan dia adalah diri kita. Saling menegur antara satu sama lain”

Sedikit kosa kata yang mungkin boleh di kongsi bersama:

Allah tidak member kesempitan tanpa sebarang sebab, kerna Dia hendak member kesempatan kepada hambaNya untuk dekatkan diri pada Dia.















No comments:

Post a Comment

Yang suka berbual