Laman Pautan Lain

Thursday, July 14

Kekasig Agung Sedang Cemburu



Assalamualaikum buat semua pembaca setia blog ini. Blog warkah bersama. Setiap warkah dan penaipan ini adalah untuk semua. Samada yang nampak, yang follow. Dan yang tak follow. Semua adalah sahabat saya yang saya sayang. Peace no war.

Anda Buat Dia Cemburu? Jeles?

Anda sedang asyik bersms dengan seseorang yang bukan mahram?

Anda sedang menanti sms dari si dia?

Anda ternanti-nanti panggilan dari yang tersayang?

Atau anda sedang menunggu saat-saat bertembung dengannya?

Atau anda sedang memilih minyak wangi yang paling harum untuk keluar ber”tenet”?

Yang manakah jawapan anda ye? Err, kalau jawapannya ya, maknanya anda sedang membuat kekasih agung cemburu. Anda sedang membuat kekasih agung anda amat-amat cemburu.
Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah , “ Allah cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya dan ada sesuatu yang lain di hatinya selain Dia”

Kata-kata ulama’ muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah. Daripada Mughirah r.a katanya : Saad bin Ubadah mengatakan :

“ Kalau sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong ( bermesra-mesraan ) dengan isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak deangan pedang, bukan dengan punggungnya.”

Ucapan itu sampai kepada Rasulullah lalu baginda berkata :

“ mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya ( terhadap perkara yang di ambil endah dan di benci demi agama ). Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu di larangNya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang ataupun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka member maaf lebih dari Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembiradan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih dari Allah, dan kerana itu ( untuk orang memuji-Nya ) di janjikannya syurga.”

( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Cemburu Allah Tanda Besarnya Cinta

Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia perlukan kita. Maha suci Dia daripada sifat kekurangan. Cemburu Allah adalah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ucapan ni selalu kita sebut di awal perbuatan kita. Tak kira kita buat apa. Samada mahu makan, pergi tandas, sesudah bangun mahupun mahu tidur.

Dia tidak memerlukan kita. Dia tidak luak atas kelalain diri kita. Tidak terjejas walau sekelumit tanpa kehadiran diri dan cinta kita.

Tapi kita? Muhasabah diri balik. Adakah kita meletakkan di tempat yang selayaknya?
Keperluan kita kepada cinta Nya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, atau oksigen. Sebab bila kita sudah dapat rasa kemanisan mencintai Allah, rasa nak makan pun dah kurang. Makan sikit dah kenyang. Bila agaknya kita akan jadi macam tu yer? Err, tanya pada diri sendiri ni.

Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripada cinta Nya. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia tidak mahu kita melalui detik-detik yang sukar. Dia juga menawarkan sebuah cinta yang tak pernah kenal erti kecewa. Tak pernah kenal erti menyesal. Macam lagu sixth sense. Menyesal ku akui, tak terima cinta Mu, dan kini Engkau pergi meninggalkan hidupku.

Bagaimana Kita Menguruskan Cinta
Ya ketertarikanmu pada si dia itu satu lumrah. Fitrah itu yang Allah hadirkan dalam hidup setiap insan berketurunan Adam. Hinggakan ada kisah malaikat Harut dan Marut yang ingin memiliki perasaan dan hawa nafsu seperti manusia. Tapi setiap ada peraturannya. Sama juga macam makan. Setiap kali kita nak makan mesti ada peraturan.
Oleh itu wajarkah kitamencipta langkah seterusnya tanpa membelek dan menyelak diari-diari kehidupan kita? Rona-rona dalam setiap langkahan? Bahkan peraturan yang telah Allah tetapkan?

Sanggupkah diri kita mencipta satu kenangan cinta tanpa sebarang peraturan hidup? Penuh dengan maksiat hati. Menjalar pula pada maksiat dan setiap perbuatan.
Sahabatku yang ku sayangi.

Bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta malah semua orang tidak akan terkecuali termasuk para rasul, sahabat, dan orang-orang soleh. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula dengan kita?

Ibnul Qayyim menukilkan begitu indah di dalam bukunya Raudahtul Muhibin tentang kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra pada malam pertama. Fatimah, puteri dan zuriat Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Saidina Ali.  “ Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya.”
Dengan penuh cemburu, Saidina Ali berkata “ habis itu, dinda menyesal nikah dengan kanda?”

Si isteri menjawab nakal dengan sekuntum senyuman menghias bibir, “ tidak kandaku sayang, kerana orang itu adalah kekanda.”

Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan si wali? Bersms melalui burung merpati? Mengatur dating di bawah pohon kurma? Membonceng unta?
Begitu juga dengan Saidina Ali, adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji kosong? Adakah dia memnita seseuatu dengan ayat manis?

“ sayang tak percayakan abang?”

“ kalau sayang mana buktinya?”

Penutup: Bagaimanakah Kita Menguruskan Cinta?

Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengorat gadis idamannya? Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut di sampaikan oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak mempunyai kualiti diri?

Kita pula bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita pada si dia? Adakah dengan jalan yang penuh dengan fitnah atau dengan jalan yang menghampiri berkat Allah?



Tuhan Izinkan Aku Mencintai
Tuhan,
Izinkan aku memandang cinta,
Walau hanya dari kejauhan,
Izinkan aku dekati cinta
Walau hanya dalam kebisuan

Tuhan,
Izinkan aku membisik rindu
Biar hanya berkumandang di sudut hati
Izinkan aku menitip kasih
Biar hanya berbekas di dada malam

Tuhan
Izinkan aku menyentuh cinta
Lewat lafaz zikrullah
Seiring dengan degupan jantung ini
Seiring dengan denyutan nadi ini
Seiring dengan setiap hembusan nafas ini

Tuhan,
Biarlah cinta tak pernah lagi berbalas
Biarlah rindu ini mengundang sejuta pilu
Tapi izinkan aku menyubur rasa cinta
Dengan detak lafaz zikrullah
Kerana cinta ka uterus mekar mewangi
Seiring dengan seharum asma-Mu Ya Ilahi.

No comments:

Post a Comment

Yang suka berbual