Semalam,hari ini dan esok tak pernah pun hilang dari hidup kita,meskipun semakin berjalan waktu,semakin jauhlah ia.Namun,bekas-bekasnya sentiasa ada...selagi kita bernyawa.Kita berada di sini...di tempat kita pada hari ini pun kerana peristiwa semalam...dan kita berada di mana-mana jua pada esok hari pun...kerana peristiwa hari ini..
Adakalanya,semalam itu lebih besar nilainya buat seseorang berbanding esok.Semalam itu mendewasakan sedangkan esok me"remaja"kan.Semalam makin bertambah sedangkan esok semakin berkurangan.
Adakalanya,semalam itu lebih besar nilainya buat seseorang berbanding esok.Semalam itu mendewasakan sedangkan esok me"remaja"kan.Semalam makin bertambah sedangkan esok semakin berkurangan.
Untuk semalam,
Bila diri diuji,kembalilah kepadaNya....beristighfar,berdo'a kerana DIA Ya Mujib...panjatkan munajat cinta padaNyaYakinkan hati bahawa setiap ujian yang datang terselit hikmah di sebaliknya..
Bila diri diuji,ubati hati dan jiwa dengan puji-pujian & qasidah cinta pada Rasulullah..kerana baginda merupakan 'Thibbul qulub'...ubat hati dan penawar...
Bila terasa kehilangan,kembali pada diri.Mungkin kita terlalu ego atau ada membuat kesilapan pada seseorang....lalu ujian ini sebagai didikan untuk kita kembali menghayati diri sebagai seorang hamba.Mungkin pernah suatu ketika kita tak pernah menghargai anugerah yang sedikit,lalu kita diajarkan erti 'menghargai' melalui'kehilangan'.
Bila hati disakiti,jangan cuba lagi ke tempat yang boleh membuat jiwa terluka..cukuplah,jangan lagi ke tempat itu jika hati tak terdaya,kerana tak semua orang punya kekuatan hati untuk menghadapi semua itu.
Bila hati disakiti,berundurlah...dan jangan lagi hadir dalam hidup insan yang menyakiti hati kita,jika itu membuat jiwa terluka...cukuplah,pergi saja dan jangan datang lagi dalam hidupnya..kerana nanti bimbang jika hati terluka lagi..
Bila hati disakiti,carilah teman atau sesiapa saja yang mampu menenangkan jiwa dan membantu memotivasikan hati...sebaik-baik teman ialah yang membawa ingat padaNya sebab semua ujian,musibah itu datang daripadaNya dan kepadaNya jua kita kembali...semoga jiwa terubat dengan nasihat dan kejujuran mereka.

"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin.Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan.Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya merupakan kebaikan.Apabila kebaikan dialaminya, maka ia bersyukur,dan hal itu merupakan kebaikan baginya.Dan apabila keburukan menimpanya,dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya."
[H.R.Muslim]
Untuk hari ini dan esok....
Hari ini dan esok,kita bangun kembali...tak mahu mengaku kalah,jangan kerana hati disakiti...kita ingin musnahkan hidup kita.Kembali pada niat asal cita-cita kita,apa yang ingin kita gapai dalam hidup....cari semula kekuatan dalam diri,bina semula jiwa yang terluka dengan kekuatan baru.Orang yang selalu sabar,tak pernah berputus asa walaupun apa yang dihadapinya itu menyakitkan,akan selalu mendapat keuntungan & kebahagiaan di akhirnya.
Hidup kita akan selalu dan tetap positif walaupun sakit bila kita diuji,walaupun pedih bila hati kita disakiti...ANDAI KITA MENERIMA SEGALA TAKDIR YANG MENIMPA.Semakin kita menghayati nilai takdir dengan kacamata iman,akan membawa kita semakin hampir pada Sang Pencipta.Di kala itu,pintu kebahagiaan pasti akan terbuka untuk kita.Apa yang kita lalui,sebenarnya kita tak pernah bersendirian tapi DIA selalu bersama kita...
Untuk semalam,hari ini dan esok...
Andai kita melalui kehidupan hanya dengan menghadap ke arah hadapan tanpa menghadap ke arah belakang bererti kita tidak menghadap ke mana-mana arah sama sekali.Sebab yang berlalu itu pelajaran.Orang yang tak tahu menghargai hari yang telah berlalu,nescaya dia takkan tahu menghargai hari yang akan datang...."Masa hadapan" dibina dengan "masa silam" kerana semalam juga adalah sebahagian daripada hari esok.Mungkin ada yang mengatakan,
'Awak dah berubah,tak seperti dulu'
Kita cuma senyum,tak perlu kata apa-apa.Yang penting,cuba kembali membina jiwa,berubah ke arah lebih baik,lebih matang,lebih dewasa.Kita berusaha untuk bina kekuatan jiwa ,kata hukama',"Semua orang berusaha.Namun,natijah usaha itu tetap apa yang telah ditentukan oleh Allah.Maka,redhalah dengan setiap ketentuanNya.Andaikata seseorang ditakdirkan miskin oleh Allah misalnya,adakah dengan bersifat tidak redha terhadap ketentuanNya terhadap takdir tersebut,boleh menyebabkan dia menjadi kaya?
Setiap orang pernah terluka hatinya,sebab itu satu perasaan yang DIA kurniakan dalam tiap-tiap diri manusia.Kecewa...atau dikecewakan, semuanya memberi kesan kepada kita.Mungkin bila kita kecewa atau dikecewakan,dapat melembutkan jiwa kita yang ego selama ini..ataupun apa saja hikmah yang terkandung di sebalik anugerah kurniaanNya itu.Sunnatullah dalam kehidupan ini,dipenuhi dengan seribu satu ujian.Sebab itu hidup duniawi ini terlalu sempit untuk mencari makna kebahagiaan sejati padanya....melainkan orang yang bergantung padaNya.Kebahagiaan hakiki takkan hadir daripada kepuasan dalam mengikut kehendak diri sendiri tapi ia hanya hadir daripada kepuasan dalam mengikut kehendakNya...kita kan hamba...:-)
p/s:Saya yang menulis artikel ini bukanlah baik,bukan juga seorang yang terbaik dan tak pernah pun baik....sebab yang Maha Baik hanya DIA...
Semalam bukannya hari ini..dan hari ini bukannya esok...tapi semalam,hari ini,dan hari esok semuanya ada pengertian tersendiri untuk kita hayati
terasa kena kat batang hidung.
ReplyDeletesebaik-baik teman ialah yang membawa ingat padaNya =)
ReplyDeleteyups
ReplyDeletebetul tu
setiap hari ada lah hari yang teristimewa dan punya pengertiannya tersendiri
nice entry bro :-)
Cara - Cara Untuk Ingat Nama Kawan Jika Terlupa Part 1
semalam.. hari ini.. esok..
ReplyDeletesememangnya ia bukan hari yg sama, bukan juga kisah yg sama.. namun, kehidupan harus diteruskan kerana masa tidak pernah berhenti walau sedetik..
bila jatuh, harus bangun kembali..
semalam, hari ini dan esok.. semua berbeza... :0
mintak izin utk share :)
ReplyDelete