Alhamdulillah, semalam kita dah bertemu dengan artikel bangau oh bangau. Hari ni, saya nak ke utarakan pula mengenai sambungan Dah Sedia Nak Kahwin. Bila seseorang tu dah sedia nak kahwin atau nikah, dia mesti bersiap siaga setelah melamar. Siap sedia dengan pelbagai ujian dan mehnah kehidupan yang mesti kita lalui. Bukan satu, bukan dua, tapi pelbagai ujian yang akan di lalui. Macam-macam ada,(macam astro pulak).
Sebelum tu, nak tanya, macam mana tadi perlawanan bola sepak? Saya pun tengok juga tadi. Best dan menarik. Ok dah stop. Sekarang kita tumpukan pula pada tajuk kali ni. siap sedia setelah melamar.
Melamar Ketika Masih Belajar
Bukan ada masalah atau satu kesusahan dan keresahan apabila melamar ketika masih belajar. Mudah. Senang. Bahkan, sekiranya melamar(bertunang) ketika masih usia muda, orang lain akan lihat “ bolehkah dia ni bertanggungjawab?”. Jangan risau. Sifat tanggungjawab tu memang ada dalam diri setiap insan. Samada saya, kamu, dia atau sesiapa sahaja. Ini dari sudut pandangan sesetengah pihak. Manakala dari sudut penglihatan orang lain. Kita (lelaki) akan di lihat lebih bertanggungjawab dan sudah bersedia memikul tugas dan seorang suami.
Sebab apa? Iaitu suadara sudi melamar dan memberitahu hasrat untuk mengambil si dia sebagai isteri. Sikap ini sebenarnya baik, malah sebolehnya sebagai remaja lelaki memang perlu mereka memulakan hal-hal sebegini.
Namun, masalahnya akan menjadi rumit apabila LAMARAN itu diterima tetapi PERLU MENUNGGU untuk kahwin. Kalau LAMARAN diterima dan BOLEH TERUS kahwin, itu tiada masalah. Malah itu dikira rezeki datang bergolek. Tetapi, jika sudah sama-sama suka, sama-sama green light. Tiba-tiba ada trafik jem. Ini memang masalah. Ia akan mendatangkan banyak ujian emosi.
Saya akui, kita sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan itu dengan sebaiknya agar tidak bercampur dengan dosa atau zina hati. Tetapi, apabila lamaran itu dilakukan dalam tempoh sedang belajar. Maka ia tetap menjadi masalah dan gangguan kepada emosi.
Sepatutnya, kita perlu menilai terlebih dahulu keadaan kewangan dan kemampuan keluarga masing-masing. Malah kita sebagai lelaki juga perlu bersedia awal dari aspek kewangan sebelum membuat lamaran. Persediaan awal AMAT PENTING dari segi kewangan, jika ada wang dan tiba-tiba perasaan TERDESAK untuk kahwin…maka niat itu boleh diteruskan dengan mengadakan pernikahan secara sederhana.
Saya akui, kita sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan itu dengan sebaiknya agar tidak bercampur dengan dosa atau zina hati. Tetapi, apabila lamaran itu dilakukan dalam tempoh sedang belajar. Maka ia tetap menjadi masalah dan gangguan kepada emosi.
Sepatutnya, kita perlu menilai terlebih dahulu keadaan kewangan dan kemampuan keluarga masing-masing. Malah kita sebagai lelaki juga perlu bersedia awal dari aspek kewangan sebelum membuat lamaran. Persediaan awal AMAT PENTING dari segi kewangan, jika ada wang dan tiba-tiba perasaan TERDESAK untuk kahwin…maka niat itu boleh diteruskan dengan mengadakan pernikahan secara sederhana.
Cincin Sudah Di Jari, Janji Sudah Di Ikat
APAPUN, lamaran sudah dibuat. Masa tidak boleh diundur semula. Nasi sudah menjadi bubur. Ibaratnya “Cincin pertunangan sudah disarung” Cuma akad nikahnya belum tahu bila waktu tiba.
Jangan cemas, jangan gundah. Saya dapat lihat di sini, kamu adalah seorang yang benar-benar ikhlas mahu menjadi suami yang baik. Keikhlasan itu tidak akan digugat oleh ujian-ujian kecil. Apa yang utama, saudara perlu melakukan 3 perkara.
1) Bertaqarrub kepada Allah.
Pencinta yang mahu menikah dengan pasangan, maka seharusnya dia menjaga nafsunya daripada membuat perkara keji. Adalah wajar jika saudara berpuasa sunat dengan kerap sekaligus menjaga ibadat fardhu dengan ketat. Jangan dicicirkan solat berjemaah.
2) Bersiaga dan Mencari Ilmu.
2) Bersiaga dan Mencari Ilmu.
Saya percaya, sampai masa kita akan menikah dengan gadis pilihan. Inilah waktu saudara berjuang mencari ilmu dan mempersiapkan diri untuk menjadi SUAMI MITHALI. Saya dapat melihat sikap saudara yang sangat ‘Mandiri’ dan saya ada suatu perasaan bahawa saudara akan menjadi suami yang baik. Cuma, pastikan ilmunya dicari sekarang. Itulah ilmu agama dalam berumahtangga. Baca buku-buku dan dengarkan kuliah online. Insya allah…sukses!
3) Awas Jerat Zina.
3) Awas Jerat Zina.
Ingat, saudara mahu memimpin bakal isteri ke syurga. Bukan ke neraka. Saudara mahu bahagia sampai ke akhirat, bukan merana di akhirat. Oleh itu, sentiasalah menasihati diri sendiri dan juga calon pasangan dengan sebaik-baiknya. Jangan berhubung terlalu kerap, tetapi sentiasalah berkongsi nasihat yang baik apabila perlu. Itu sahaja.
-"Adakalanya, demi mengurniakan bantuan, Dia jadikan kita menderita,
tapi penderitaan kerana-Nya menghadirkan kebahagiaan.
Tawa menyusul kemudian daripada airmata.
Sesiapa yang memahami hal ini adalah hamba yang diberkati-Nya.
Di mana air mengalir, kehidupan subur melata;
di mana airmata menitis, belas kasih Ilahi menyata."
Yes.. Betul tu.. Bila dah melamar, kna ready.. tk kira status pelajar or apa.. that a good info tuk semua.. good job.. i like.. :)
ReplyDeleteAllahu Akbar!
ReplyDelete