Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:11 PM
0
comments
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itusering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa.Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri..."
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 2:22 PM
1 comments
macam kena je lagu ni dengan cerkon ni..jom baca cerkon ni
Ketika Duka Terserlah
Lokasi: Sebuah Restoran Di Kuala Lumpur
Tarikh: 1 Mei 2000
Event : Duka Berkalang
Qayyum menunggu dengan penuh debaran. Adakah Ren mahu berjumpa dengannya. Kini Ren sudah menjadi tunangan orang. Resah di rasai seperti ada seketul batu yang menghempap kepala. Bagaikan ribuan batu yang terbang ke arahnya tanpa arah tujuan. Belum sempat sepasang matanya mencari kelibat seseorang, suara yang sering menjadi tarikan hatinya hinggap di telinga menyapa namanya.
“ Terima kasih kerana sudi berjumpa dengan saya” Qayyum memulakan bicara.
Wajah Qayyum kelihatan tenang. Setenang langit yang membiru. Senyuman yang ikhlas di tunjukkan. Qayuum memesan makan mengikut selera dan rentak tekaknya. Tidak memaksa Ren yang hanya memesan jus Oren.
“ Kalau awak tak sudi tak mengapa tapi boleh teman saya makan?” mohon Abdul Qayyum.
Ren hanya mengangguk lemah. Tapi degupan jantung laju bagaikan orang yang baru lepas lari seratus meter. Pelbagai perasaan menalu-nalu masuk dalam dirinya. Rasa bersalah, rasa rindu, dan kesal datang menimpa-nimpa.
Qayyum menyuarakan rasa terkilannya atas kesalahan yang pernah di lakukan. Suaranya tetap tenang seperti dahulu. Tidak mudah gelabah.
“ Atas apa jua kesalahan yang saya lakukan, dalam sedar mahupun tidak, saya harap Ren maafkan”
Tutur lembut Qayyum terus menujah masuk ke dalam hati Ren. Sayunya hati hanya Tuhan yang tahu.Sebaik sahaja Qayyum tunduk, Ren menatap wajah yang di rindui. Tetapi, sebaik Qayyum mengangkat kepalanya. Segera di alihkan pandangan matanya.
“Terima kasih kerana sudi berjumpa dengan Yum, Khairi tunang Ren sudah ceritakan segala masalah Ren pada Yum. Yum memang mintak maaf. Yum tak tahu, yang Ren berkorban untuk Yum. Yum dah rendahkan ego dalam diri Yum”
Tersentak Ren bila nama Khairi, tunangannya di sebut. Tidak sangka, rahsia yang kemas di simpan, akhirnya di buka sendiri oleh tunangnya sendiri. Ren mengeluh dalam diam. Berat sungguh dugaan yang menimpa dirinya. Di tuduh curang kerana hampir berkahwin dengan Qayyum.
Ren terus bangun dan meletakkan sekeping surat untuk Qayyum. Ren hanya member isyarat supaya surat itu di baca di rumah.
Qayyum termangu-manggu keseorangan. Pelik melihat gelagat Ren. Seorang wanita yang di kenali dengan ego yang tinggi. Dan sering menjaga personaliti diri. Personality seorang muslimah.
Kerana ego dan personaliti diri itulah yang membuat hati Qayyum tertawan. Tertawan dalam satu daerah usang. Daerah yang dulu hanya dia dan Ren beraja dialah Raja, dan Ren pula permaisuri.
Seusai tiba di rumah. Qayyum mencapai surat yang di berikan oleh Fashareena.
Assalamualaikum,
Qayyum apa khabar? Ren harap Yum sihat. Ren Cuma kat sini nak cakap, Ren dah nak berkahwin. Ren harap, Yum maafkan salah silap ren. Kalau kita memang di takdirkan ada jodoh. InsyaAllah, adalah. Kalau tiada, Ren Cuma harapkan, Yum redha dengan ketentuan.
#######
Lokasi: Sebuah Villa QayRen
Tarikh: 1 Mei 2011
Event : Kenangan Mengusik Jiwa
Qayyum duduk termenung. Memerhatikan gelagat orang ramai. Masing-masing bergerak dengan laju. Menuju ke destinasi masing-masing. Qayyum sahaja yang masih lagi kaku di tempat duduk. Qayyum bingkas bangun apabila waktu di tangan sudah hampir kepada subuh. Qayyum bergerak ke arah surau. Lambat benar langkahan kaki, rasa bosan. Rindu. Semua menerpa ke lubuk hati.
“ah, aku nak pergi berjumpa Tuhanku, aku tak nak di selebungi perasaan rindu.” Qayyum berbisik memberi semangat pada diri.
Seusai solat subuh berjemaah. Qayyum mendapat satu kekuatan yang baru. Dia melangkah ke arah kereta yang seminggu terbiar di kawasan parkir. Perjalanan menuju ke villa QayRen begitu lama. Bagaikan berjam-jam lamanya. Villa yang di berikan nama sempena gabungan namanya dan arwah isterinya Fashareena.
Sesudah tiba di rumah, Qayyum menuju ke arah sebuah pondok kecil tepi rumah. Dulu, di situlah tempat isterinya menanti kepulangan. Kini, hanya bayangan yang tinggal. Hanya kenangan.
Dalam monolog
Sayang,
Subuh tadi, sebaik sampai mendarat di LCCT, abang terus bertolak menuju ke pusara mu. Dalam perjalanan dari KLIA ke pusara mu. Sebaik sampai di hadapan rumah kita, abang keluar dari Pajero. Abang renung rumah yang sudah tidak berpenghuni.
Sunyi dan sepi .
Perlahan-lahan abang berjalan ke arah pondok gazebo di taman rumah kita.
Abang masih ingat. Saat abang kembali dari pejabat, di situlah tempat sayang duduk sambil membaca Al Quran atau kitab Berzanji. Tersedia kuih-muih dan air teh-O panas yang menanti kepulangan abang. Kita akan minum petang bersama-sama, sambil bercerita dan bergurau senda. Terhibur hati abang, lupa akan masalah di pejabat dek layanan mu.
Begitulah setiap kali abang kembali pulang ke rumah selepas mencari rezeki.
Pernah terjadi, kepulangan abang disambut suasana sunyi. Tak terdengar suara mu. Abang tercari-cari lelibat dan suara ayang. Yang kelihatan hanya diri mu di pondok gazebo sendirian, termenung keseorangan. Bila diri mu sedar kehadiran abang, pantas tangan mu mengusap air mata di pipi mu, sambil mengukir senyuman, cuba menyembunyikan tangisan mu. Diri mu bangkit dan menjabat tangan abang sambil tangan abang kau kucup. Lantas abang bertanya :
Tengah buat apa tu sayang ? Sayang sakit ke?
Tidak ...... Sedang baca surat cinta dari kekasih
Jawab mu, sambil melontarkan senyuman manis kepada ku dan ditangan mu tergenggam Al Quran Terjemahan.
Dan ku lihat, yang terpapar di halaman Al Quran itu adalah surah Al Maidah sambil bucunya terlipat, menunjukkan tempat terhenti bacaan mu di ayat 118.
Dan ingatan abang mengimbas kenangan silam. Telinga abang seolah-olah mendengarkan alunan suara merdu mu membaca Al Quran.
Sayang, abang memang rindukan sayang. Abang redha dengan suratan takdir. Tiada apa yang dapat melawan kehendak takdir. Abang tiada kuasa menahan suratan takdir. Dia yang lagi berhak ke atas diri sayang.
Sayang, bagi abang mendapat sayang adalah bagai mencari butir permata di tepian pantai. Tidak semua yang ada. Abang memang bersyukur kerana sayang sudi menjadi isteri abang. Sayang juga sanggup memutuskan pertunangan dan kembali pada abang.
Lokasi: Cherating.
Tarikh: 3 Mac 2005
Event: Bibit Cinta
Malam itu kita solat berjemaah. Dan surah Al Maaidah ayat 118 itulah yang abang baca di dalam solat.
###########
Lokasi : Kota Madinah Tarikh : Selepas Hijrah Masa : Sepertiga Malam Event : Rintihan Kekasih
Dalam kegelapan pekat malam. Sambil muka langit dihiasi bintang-bintang yang bertaburan di sisi bulan yang bagaikan tersenyum. Di kala insan sedang nyenyak dibuai mimpi. Di sebuah rumah kecil, kelihatan seorang insan yang mulia menzahirkan kekerdilannya, berdiri mengadap Sang Kekasih yang dirinduinya.
Dicelah kesunyian malam, bergema dan bergentar suara insan mulia yang sedang enak dilamun cinta membaca warkah cinta dari Sang Kekasih,mendayu dengan suara yang sayu .
Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)
Bergentar hati insan yang mulia tatkala warkah cinta Sang Kekasih di tatap dengan penuh kehambaan, penuh rasa pengharapan. Harap akan ampunan Allah buat dirinya, buat umatnya .
Kemudian lembaran warkah cinta itu diselak satu persatu oleh tangannya mulus .... lantas dibacanya pula suatu ayat dari warkah cinta tersebut dengan rasa gentar dek sifat kehambaan ....... warkah cinta titipan dari Sang Kekasih.
Jika engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Maaidah : 118)
Semakin pilu dirasainya. Air matanya sudah lama mengalir sejak awal tadi. Tubuhnya menggigil kegerunan dek ancaman oleh Sang Kekasih. Selesai membacanya, si pemuda terus mengangkat tangan tinggi menadah ke langit dan merintih bersama tangisan kepada Sang Kekasih :
"Ya ALLAH, Ya Tuhan ku .... Umat Ku ... Umat Ku ... Umat Ku" "Ya ALLAH, Ya Tuhan ku .... Umat Ku ... Umat Ku ... Umat Ku" "Ya ALLAH, Ya Tuhan ku .... Umat Ku ... Umat Ku ... Umat Ku"
Insan mulia ini terus-terusan merintih tanpa henti ... dengan nada yang sayu ...... merintih kepada Sang Kekasih . Terasa betapa lemah dan hina dirinya di hadapan Sang Kekasih ....
Kepada siapa tempat hendak ku mengadu kalau bukan pada MU .... hanya ENGKAU yang punya iradah .... hanya pada ENGKAU yang punya kudrah .... hanya ENGKAU yang punya kekuasaan .... maka hanya pada ENGKAU tempat ku meminta ..... dengarlah rintihan dari hamba MU yang lemah lagi hina ini ..... andainya bukan pada MU , kepada siapa lagi harus ku mengadu ... kerana sesungguhnya ENGKAU-lah yang Maha Mendengar ... maka dengarilah rintihan hamba MU yang lemah ini .... lindungilah umat ku ... kasihanilah umat ku ... kerana sungguh ... aku amat mencintai umat ku .... Umat ku ... umat ku ... umat ku
Sang Kekasih Yang Maha Mengetahui apa yang dirasai oleh kekasih-NYA, maka utusan diutus menemui insan kerdil yang mulia ...
Jibrail :Wahai Muhammad kekasih ALLAH, apakah yang menggusarkan hati mu sehingga rintihan mu tidak bisa dibendung, menggentarkan isi langit dan bumi tempat mu bersujud pula basah dek siraman air mata mu?
Rasulullah SAW :Wahai Jibrail. Aku merindui dan mencintai umat ku. Tatkala aku membaca firman Tuhan ku, akan kekuasaan-NYA, akan iradah-NYA, akan kudrat-Nya, aku khuatir umat ku akan mendapat siksaan di akhirat sana. Maka untuk itu aku merintih dan merayu kepada kekasih ku, Allah Rabbul Jalil, agar dilindungi dan diampunilah umat ku. Sesungguhnya aku rindu dan cintakan mereka."
Semakin berderai air mata milik insan mulia.
Allah Yang Maha Pengasih Maka Allah berfirman kepada Jibrail :
Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau redha pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau."
#######
Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya :
Wahai sayang ku,
Di manakah hendak engkau cari seorang insan mulia yang tak pernah marah kepada umatnya, bahkan tidak pernah mendoakan kemusnahan kepada umatnya ,walau umatnya sering alpa dan lalai, mengguris hati baginda ? Yang ada hanyalah bimbingan dan doa, agar umatnya selamat di dunia dan di akhirat.
Wahai sayang ku,
Dimanakah hendak engkau cari, seorang insan mulia yang berusaha berkorban dengan masa, tenaga, harta dan nyawa untuk menjauhkan diri kita dari menjadi bahan bakaran api neraka? Usaha baginda bagaikan menghalang kelkatu senja mengerumuni api yang membakar. Walau begitu gigih usahanya menjauhkan kielkatu dari api neraka, namun kelkatu, datang semula mengerumuni api tanpa sedar, perbuatannya itu hanya mengundang duka nestapa. Itulah diri kita, bagaikan kelkatu senja yang mengerumuni api yang sedang membaka. Namun tanpa rasa jemu, baginda berusaha menyelamatkan kita, dengan penuh rasa kasih sayang dan kecintaan baginda kepada kita, walau berkali-kali hati baginda kita lukai dengan perbuatan kita. Alangkah mulianya baginda.
Tidak cukup setakat itu ... ditinggalkan kepada kita Al Quran dan Sunnahnya sebagai panduan ... agar perjalanan kita di dunia ini diterangi nur iman. Maka tidaklah kita teraba-raba dalam gelap pekat zulumat, yang sentiasa menyesatkan manusia ke arah gamitan hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Hatta, doa mustajab anugerah Allah.yang khusus untuk diri baginda, disimpan rapi untuk digunakan di yaumil mahsyar ... buat menebus umatnya yang dimurkai Allah. Inilah pengorbanan seorang insan kerdil yang lemah yang kaya dengan rasa kehambaan ... bernama Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib.
TIDAK CINTAKAH ENGKAU KEPADA NYA ?
Sayang,
Masih ingatkah sayang akan kata-kata abang di malam itu ?
Abang kata :Andainya sayang menemui cinta hati sayang yang boleh menjamin cinta terhadap Allah dan Rasul, abang redha sayang meninggalkan abang. Asalkan sayang gembira dan bahagia di bawah naungan iman.
Jawab mu lunak :Iena dah pun temui insan yang boleh menjamin cinta Iena terhadap Allah dan Rasul. Dia ada di depan mata Iena. Iena akan tinggalkan abang, hanya untuk kembali kepada Allah. Untuk dapatkan cinta Allah & Rasulullah SAW.
Dan kita tergelak bersama, kerana melayan seloroh suami isteri.
Benar sungguh,
Sayang mengejar cinta hati sayang, dan meninggalkan abang. Sayang mengejar cinta Allah dan Rasulullah SAW.
Dan pastinya, sayang sudah temui cinta hati sayang.
Semoga beroleh cinta Allah dan Rasulullah SAW di alam yang baqa sana.
############################################
Sebak dan sayu ketika berada di anjung gazebo .
Dari pondok gazebo, abang berjalan ke arah pantai yang terhampar.
Terasa kelembutan hembusan angin bayu laut di situ. Terdengar desiran ombak yang menghempas pantai. Kelihatan camar-camar laut berterbangan sambil mengejar ikan di muka air. Sungguh mendamaikan.
Semakin sebak dan sayu.
Lantas abang memasuki Pajero semula, meninggalkan rumah kita bersama 1001 kenangan yang tak mungkin abang lupakan.
Pajero tersebut terus bergerak dipandu sahabat abang, menuju ke pusara, buat abang mengirimkan serangkai doa buat diri mu.
Al Fatihah buat mu, semoga beroleh syafaat Rasulullah SAW
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:08 PM
0
comments
Malam ini cukup indah.Sang bulan bersinar terang menerangi kegelapan malam manakala sang bintang pula menghiasi ruang angkasa dengan kerlipannya yang memukau mata dan membuat jiwa menjadi sayu seketika.Sang cengkerik pula sedang khusyuk berzikir memuji kebesaranNya membuatkan suasana malam ini begitu ceria sekali.
Mengingati kegagalan masa lalu merupakan pembunuh masa depan kita.Usah dikenang perkara yang lalu,ia hanya menyakitkan hati sendiri.Seandainya kita mengenang kejayaan yang pernah dikecapi pada masa lalu,itu adalah positif kerana ia akan membakar semangat kita untuk terus berusaha menggapai cita2 yang kita inginkan.
Sebaliknya,jika kita mengingati kegagalan dan kedukaan masa lalu,ia dibimbangi menambahkan kelukaan hati dan melemahkan semangat untuk meraih kejayaan seterusnya.Tak perlu kita mengenang kegagalan dan kedukaan masa lalu.Anggaplah ia satu kenangan pahit yang realitinya mesti dihadapi dalam perjalanan hidup sebagai seorang insan.
Hidup ni ibarat berperang,perlu ada strategi dan perancangan.Harapan dan impian agar tahun baru yang kita lalui ini menjanjikan satu keindahan dan kejayaan dalam hidup.Biarlah ujian-ujian ini kita tempuh. Biar banyak mana sekalipun diuji, semoga ALlah kuatkan diri kita untuk menempuhnya. Ujian-ujian ini tidak layak untuk kita keluhkan. Ada yang lebih hebat diuji disana, di Palestin dan para sahabat serta para Rasul. Biar diri kita di uji, andai itu meraih cinta dan syurgaNya.
Yang penting hidup ini mesti sentiasa dihiasi dengan keceriaan dan kegembiraan.Biarlah insan lain tidak mengetahui kedukaan yang kita hadapi.Mungkin apabila kita ceria dan gembira,orang di sekeliling kita yang sedang sedih bertukar ceria.Biarlah senyuman kita yang dinukilkan meskipun tersembunyi kedukaan di dalam hati membuatkan alam ini bernyanyi riang.Sekurang-kurangnya kita telah menggembirakan apa yang ada di sekeliling kita.Seorang doktor pernah berpesan,"Hendaklah engkau menguasai suasana,bukannya suasana menguasai dirimu,"
Ujian Itu Penguat Hidup
Ujian adalah normal dalam hidup.Ujian ibarat penghibur dalam kehidupan setiap insan.Tanpa ujian hidup ini mesti rasa bosan.Rasulullah bersabda "Sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.Selebat mana pun hujan yang turun akhirnya akan diganti juga oleh sang matahari yang kembali menceriakan suasana dengan sinar cahayanya.Segelap mana pun sang malam pasti akan berakhir apabila siang hadir. Begitulah dengan ujian,sepahit mana pun musibah yang melanda kita dan kegagalan yang pernah membuat hati kita berduka,pasti ia akan berakhir juga.RasuluLlah bersabda sebagai memotivasikan orang-orang yang sedang dilanda musibah,"Tiada seorang muslim yang terkena musibah bala' gangguan atau penyakit,dan yang lebih ringan dari itu melainkan ALlah menggugurkan dosanya bagaikan gugurnya daun pohon,"
Ada pelbagai ragam cara insan untuk melepaskan tekanan dan kedukaan yang mereka hadapi.Ada yang menangis kerana baginya apabila tiada tempat untuk mengadu,maka air matalah yang menjadi teman setia meluahkan isi hati yang sedang sedih sehingga ada pujangga berkata,"Menangislah,moga-moga kedukaan yang engkau hadapi itu akan berakhir,".Ada pula yang mengambil wudhu' lalu berdo'a memohon pertolonganNya kerana dia yakin ujian itu datangnya daripada ALlah maka pasti ALlah akan membantunya untuk menghadapi ujian berat ini.
Keyakinan yang tinggi dalam penguasaan emosi ketika menghadapi ujian amat penting dan ia melibakan penguasaan dari segi psikologikal.Mungkin dengan membaca buku-buku motivasi yang dapat memberi nafas baru kepada kita untuk terus sabar menghadapi ujian hidup.Sebab itu,ada orang yang berkata,"Sebaik-baik teman ialah buku,Ia sentiasa setia bersama kita walau di mana jua berada dan tidak pernah curang kepada kita.Ia mampu menyembuhkan luka di hati yang sedang tercalar dan mengubati jiwa yang terluka.Buku tak pernah mengkhianati sesiapa yang menjadi temannya malah sentiasa memberi nasihat dan motivasi... untuk kita jadikan panduan hidup..
Waktu terus berlalu,hari semakin larut malam namun sang cengkerik masih menceriakan suasana malam dengan alunan zikir yang merdu menusuk jiwa.Hidup ini perlukan pengorbanan,tanpa pengorbanan tak akan hadir kejayaan yang kita inginkan.Oleh sebab itu dalam Bustanul Ariffin Imam Nawawi ada tertulis,"Sebenarnya 'ilmu itu tidak akan dapat dicapai dengan kerehatan badan".Semoga kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:53 PM
0
comments
Pada waktu pagi,sang suria memulakan tugasnya dengan memancarkan cahaya dari ufuk timur.Ketika itu sang burung juga mula keluar dari sarangnya sambil terbang riang berzikir memuji Sang Pencipta Alam.Bunga-bunga pula berkembang mekar indah menenangkan fikiran dan kelihatan indah dipandang mata.Bukit-bukau pula masih dilitupi sang kabus putih yang menyejukkan mata bagi sesiapa yang memandangnya.Indah benar suasana pada waktu pagi,kan
Pada waktu petang pula,sang suria telah hampir selesai menjalankan tugasnya mengorbankan cahayanya untuk kemaslahatan kehidupan bumi.Ia mula menarik cahayanya perlahan2 ke ufuk barat.Nampak semakin indah dan pemandangan yang nostalgik apabila menghayati pemandangan senja.Ketika itu,cahaya mentari semakin merah dan terbenam di ufuk barat.Bagi mereka yang sensitif akan alam dan berjiwa sentimental akan menghayatinya dengan sepenuh makna sambil mengimbau nostalgia2 lalu yang menyentuh jiwa...apatah lagi jika dapat menghayatinya dikawasan bukit,gunung,sawah padi dan di tepian pantai,pasti lebih nostalgia
Pabila sang malam bertandang,kelihatan ribuan bintang pula memenuhi angkasa sambil berkelip indah dihiasi pula dengan sinaran sang bulan yang sentiasa setia menemani suasana malam.Amat mengagumkan!ALlah berfirman,"Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat(pada penglihatan penduduk bumi)dengan hiasan bintang-bintang."(Surah As-Saffat:6)
Namun,terkadang sang hujan yang turun dan kadang-kadang turut disertai sang kilat dan dentuman guruh serta kehadiran sang ribut menjadikan suasana alam berduka seketika.Dan ketika itu,sang manusia tertanya-tanya bilakah hujan akan reda?Bilakah sang ribut akan berhenti?Perasaan bimbang dan takut menyelubungi hati.Seketika,sang hujan berhenti,sang guruh dan kilat serta ribut pun tiada lagi,tiba-tiba alam dihiasi dengan kehadiran sang pelangi indah dengan 7 warna membuatkan suasana ketika itu kembali indah.Tak sangka!Selepas kehadiran hujan,ribut dan guruh yang membimbangkan jiwa,tiba-tiba sang pelangi indah hadir di depan mata mengagumkan hati.Begitulah perjalanan alam,sudah ditetapkan Sang Penciptanya iaitu Allah,ada kalanya suasana alam ceria sehingga mengagumkan mata yang memandang dan adakalanya bertukar duka sehingga alam kelihatan 'mati' seketika.ALlah berfirman,:
Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya,masing-masingtetap tunduk kepada hukum peraturanNya.(Surah Ar-Ruum:26)
Indah benar kejadian perubahan alam yang sering kita lalui siang dan malam dan setiap perjalanan alam ini tidak pernah Allah jadikannya sebagai sia-sia malah ada hikmah terkandung di sebaliknya untuk kita sama-sama bertafakkur menghayati keindahan ciptaanNya.
ALlah berfirman,"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang,ada tanda tanda(kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah)bagi orang-orang yang berakal.(Iaitu)orang-orangyang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengirng dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata):Wahai Tuhan kami!Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,maka peliharakanlah kami daripada azab api neraka,"(Surah Ali Imraan:190-191)
Sebagai makhlukNya,kita juga tidak terlepas daripada suka dan duka dalam menjalani kehidupan di bumi yang sementara ini.Ada kalanya kita berjaya dan ada kalanya kita gagal.Menjadi fitrah manusia,memang tiada siapa yang ingin gagal dalam hidup dan tiada siapa yang ingin hidup susah.namun Allah telah berfirman bahawa Dia sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dan Rasulullah bersabda bahawa Allah suka apabila seseorang itu melakukan bekerja atau berusaha,maka dia akan bekerja/berusaha dengan bersungguh-sungguh.Dan ini adalah motivasi kepada kita sebagai hambaNya untuk terus berusaha meskipun sering diuji dengan kegagalan.Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya.Selagi kita masih ingin berusaha dan tidak mahu berputus asa,selagi itu kejayaan sentiasa hampir kepada kita,Percayalah!
Tidak dinafikan,gagal itu perit!Musibah itu sakit!Namun kita wajib meyakini bahawa setiap perkara ada hikmahnya meskipun seluruh manusia mencela dan menghina kita,namun ALLAH tak pernah membiarkan hambaNya yang sentiasa berharap kepadaNya begitu sahaja.Rasulullah bersabda,"Jika Allah kasih pada seorang hamba,maka diuji dengan bala,maka jika sabar dipilihNya dan jika rela telah diistimewakanNya.
Selagi kita mampu berusaha,kita mesti terus berusaha meskipun kita tidak nampak jalan untuk mencapai apa yang kita inginkan,kerana Allah Maha Berkuasa dan tanpa kita sedari Dia membuka kepada kita jalan yang tak disangka-sangka dan tak terfikir oleh kita.Rasulullah bersabda:'Jangan menuduh tidak baik terhadap segala apa yang telah ditakdirkan Allah untukmu.'Ini bermakna,ujian yang DIA beri untuk kita mengandungi kebaikan di dalamnya.'
Ayuh,tersenyumlah meskipun sedang berduka,kerana mungkin senyuman yang kita nukilkan akan menjadi penawar kedukaan yang kita hadapi.Cerialah meskipun kita bersedih kerana mungkin keceriaan itu akan menghapuskan air mata yang sedang membasahi pipimu.Teruskanlah perjalanan meskipun pelbagai halangan melanda kerana orang yang meneruskan perjalanan pasti akan tetap sampai jua akhirnya.Dan,senyuman adalah sedekah yang paling mudah.Apabila kita masih mampu tersenyum di saat kita diuji dengan kegagalan dan musibah,itu tandanya kita sabar menghadapi ujian daripada Sang Pemilik Cinta Sejati.Walaupun berduka,senyuman kita mungkin mampu menjadi penawar kesedihan orang di sekeliling kita juga.Teruskan berjuang dan jangan berputus asa meskipun jalan seolah-olah telah tertutup untuk berjaya kerana mungkin kita akan dibukakan jalan yang tidak kita sangkakan.Tiada siapa yang tahu nasib kita melainkan DIA.Orang yang ingin,dia tetap berusaha meskipun jatuh berkali-kali kerana hatinya sentiasa berbisik dan yakin bahawa dia pasti boleh.Setiap kesukaran pastinya terdapat kemudahan di dalamnya.Selagi kita mampu usaha,kita berusaha biarpun kita sentiasa jatuh berkali-kali kerana ALlah tidak pernah abaikan orang yang benar-benar berusaha.Ibnu Atha'illah As-Sakandari dalam Tajul 'Arus menqiyaskan,"cuba kita lihat sang pemburu,walaupun berkali-kali dia melepaskan tembakan dan setiap tembakannya tersasar,namun akhirnya tembakannya pasti akan mengenai sasarannya juga
Apa kena-mengena tentang perubahan alam yang diceritakan di atas dengan kesabaran menempuh ujian hidup?Jawapannya di sini,"Kadang-kadang kita sedih apabila hujan turun kerana matahari telah hilang namun kita tidak sedari rupa2-rupanya selepas turunnya hujan,DIA ingin memberi kita pelangi.."
Ertinya kita berasa sedih apabila apa yang kita inginkan yang kita rasa terbaik untuk kita dan pada pandangan orang lain pun apa yang kita inginkan itu baik untuk kita,namun kita tak sedar bahawa DIA ingin memberi kita yang lebih baik dan yang terbaik daripada apa yang kita peroleh dahulu dari jalan yang kita tak sangka-sangka.Mungkin apa yang kita anggap terbaik untuk kita itu adalah bakal memberi musibah kepada kta kelak.Allah menggantinya dengan lebih baik lagi.Sekadar berkongsi kerana nukilan ini sebagai renungan untuk saya dan sahabat semua,
Wassalam dan moga-moga kita sentiasa ceria meskipun sang langit berduka,meskipun sang alam menangis namun selagi tangan masih mampu menulis,selagi otak masih mampu berfikir,selagi kaki masih mampu melangkah,selagi semangat masih kuat untuk berubah,SELAGI ITU TERUSKAN LANGKAH KITA,InsyaALlah kejayaan akan hadir pada orang yang inginkannya.Perjalanan yang kita lalui ini jauh,namun kita telah ditakdirkan untuk berjalan.Maka dalam perjalanan pastinya ada halangan.Dan halangan itulah yang mendidik kita supaya bersabar.Semoga kegagalan yang kita hadapi akan menjadikan kita menghargai kejayaan yang kita kecapi kelak.
Saya hanya berpura-pura baik dengan berkopiah dan menulis perkara yang baik. Janganlah anda tertipu dengan imej ini. Sesungguhnya saya, adalah lebih teruk dari kutu-kutu rayau di jalanan..lagi hina dari penagih-penagih dadah..lagi teruk dari penghisap-penghisap rokok. "Ya Allah! Jadikan aku di kalangan manusia ini serendah2nya sehingga tiada yg nampak kewujudanku, tetapi Ya Allah aku bermohon padamu, bantulah aku hingga aku mjadi setinggi2nya di sisiMu kelak. Amin."