Followers

Thursday, September 8

Persoalan: Mencari , Menjadi Atau Menanti?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:43 AM 4 comments



Persoalan: Mencari , Menjadi Atau Menanti?

Alhamdulillah, bertemu kita lagi dalam edisi rancangan yang di gelar cinta. Bukan selama ini dah berkaitan tentang cinta ke? Memang pun, dah nama warkah bersama. Mestilah tentang cinta sahaja. Eh, bukan-bukan. Kali ni nak kupas sekejap isu, mencari, menjadi atau menanti jodoh anda? Nak buat macam Prof Izzi Haji Ali. Selamat membaca dan selamat beramal.

Okey, sebelum saya mulakan lagi edisi kali ni. Nak tanya kat semua. Siapa yang mencari jodoh? Siapa yang menanti jodohnya datang bergolek-golek, macam bola sepak yang di sepak lalu melantun-lantun dan bergolek-golek? Atau siapa yang ingin menjadi jodoh saya? Eh-eh,salah. Siapa yang ingin menjadi jodoh si pulan bin si pulan? Jangan salah faham ye. Gurau je tu.

Sebenarnya kat sini kadang-kadang kita ada tersilap konsep dan tersilap percaturan tentang lumrah kehidupan. Lumrah alam persekolahan dunia. ini bukan bermakna saya suruh anda melanggar sesuatu yang telah di tetapkan. Tidak. Cuma ingin menjelaskan akan sesuatu.

Saya pernah berbicara soal ini di status saudara Hilal Asyraff. Persoalan jodoh perlukah di cari atau dinanti? Pendapat saya dengan saudara Hilal mempunyai kesefahaman. Mungkin? Atau secara tidak di sengajakan ia menjadi suatu kesamaan antara satu dengan yang lain? Atau ini adalah gerak hati seorang da’ie? Ada orang yang bersetuju dengan pendapat saya dan siap berseloroh. “ Mungkin encik Hazanutz Slay tiada buat buku tapi pendapat boleh di muntahkan di dalam buku.” Saya pun. “ erk. Tak terkata.” Mungkin?

Sebelum saya berbicara lebih jauh. Lebih dalam bab cinta ini. Cuba kita fikirkan konsep. 1+1=3. Ada tak kita belajar matematik di rumah atau di sekolah macam ini? Saya mahu menerangkan lebih ringkas sikit. 1+1=3 adalah satu itu adalah diri kita di tambah dengan satu lagi. Satu itu adalah perjalanan kita mencari cinta. Dan mempunyai hasil dua. Dan untuk hasil tiga adalah, dalam pencarian cinta, redha Allah amatlah penting dan amat di utamakan.

Saya bukan fakih dalam hal cinta. Saya juga tidak fakih dalam bab cinta kahwin. Mungkin ada yang lebih hebat berbicara tentang isu yang boleh di gelar evergreen ini?

Confius Dan Pening Bila Fikir

Bila saya tengok, bila saya di tanya. Encik, betul tak cinta tu dosa? Kapel itu dosa? Saya selalu cakap, cinta itu tidak pun mendatangkan masalah pada diri kita. Kapel pun tidak mendatangkan masalah pada diri kita. Dua benda ini tidak berdosa. Tetapi yang berdosa adalah diri kita. Sebab kita adalah pelaku dalam aspek ini.

Sejak di bangku sekolah lagi, kita dapat lihat ramai yang bercinta monyet. Macam saya. Sampai kena rampas telefon bimbit oleh mak. (jujur kot). Untuk mencari kejodohan, mereka mula berkenalan antara satu samalain. Yela, nak cari jodoh kena kenal dahulu. Kalau tak kenal, macam mana nak jadi jodoh?

Kemudian subjek matapelajaran kehidupan di pentas dunia iaitu subjek cinta telah makin luas skopnya. Kenapa? Sebab dah berpindah pula ke institut pengajian tinggi. Ramai yang tidak mahu terlepas dalam mencari kejodohan mereka. Saya teringat akan kata-kata seorang ikhwah saya yang berada di university pertahanan Malaysia. “Di ipta, kita kalau dah jumpa seseorang itu, kita kena cepat-cepat tangkap. Masukkan dalam sangkar. Sebab nanti takut terlepas. Terbang ke sangkar yang lain.” Lagi-lagi sekarang ni dah zaman ict. Semua serba serbi maju. Nak chatting, nak berfb, nak bertweet. Maaf. Sebut pasal tweeter, ada seorang follower saya tanya, tak da tweeter ke? Saya memang tiada tweeter. Tak reti. Dulu ada. Ntah lupa password dan username. Dah lepas sesi perkenalan, mulalah sesi “couple” istilah yang orang takut nak dengar ni.

Namun apa yang di lalui pengalaman diri sendiri, akhirnya. Break-up. Putus.

Walaupun usaha sudah di lakukan, namun mengapa jodoh ni tak nak mari-mari? Macam-macam sudah di buat. Adakah jodoh segan dengan diri kita ni?

Atau silap percaturan kitakah yang selama ini tidak mengena?

Adakah Jodoh Ini Ketetapan?

Adakah soal jodoh ini adalah satu ketetapan dari Allah Tuhan sekalian alam?

“… Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
[Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

Maka jawapannya adalah ya. Setiap sesuatu yang Allah ciptakan ini ada ketetapan dia sendiri. Ketetapan dari Allah adalah merupakan salah satu dari Qada’ dan Qadar Allah. Dan percaya kepada Qada’ dan Qadar Allah adalah salah satu dari rukun iman itu sendiri. Rukun yang wajib kita imani. Kita percayai. Kalau kita tidak percaya pada ketentuan Allah maka keimanan kita tidak akan sempurna.

Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian darinya),
Malaikat jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir(Qadha’ dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk -semuanya dari Allah jua."
Lelaki itu berkata: "Tuan benar."
[HR. Muslim]

Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.

Berbalik pada persoalan awal kita, maka, perlukah kita berusaha untuknya?

Berusaha Itu Perlu

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
Jika dalam masa terdekat, kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka, 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak perlu.

Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.

Ya, tidak perlu. Mengapa?

Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?

Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah, kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan ‘pasangannya itu’, dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu, mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.

Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah(halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?

Tiada.

Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.

Lalu, akhirnya, kita dapat melihat, ramai di antara mereka yang ber’couple’ dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka.

Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.
" Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia "
[HR Bukhari dan Muslim]

Saya jadi teringat akan kisah saya masa sekolah dahulu. Melihat rakan-rakan ramai yang ber’couple’, perasaan takut itu muncul, dikhuatiri nanti semua habis dikebas orang (haha.. ye ke?). Oleh sebab itu, saya juga tidak terlepas dalam usaha mencari jodoh ini, kononnya. Sebenarnya bukan saya yang mencari. Saya yang di kejar dan di buru. huhu. Dan diringkaskan cerita, lepas saya break-up senang kata saya di tinggalkan ( putus ber’couple), saya diberikanNya petunjuk(dalam bentuk ilmu dan kefahaman) bahawa rupanya, pemahaman saya selama ini silap. Alhamdulillah.

Hmm. Jika mahu diikutkan, tatkala petunjuk itu sampai, boleh sahaja saya untuk menidakkannya, dengan tetap meneruskan perancangan dan 'kehendak' saya. Namun, saya sedar, bukankah tindakan saya itu hanya suatu tindakan yang bodoh?

Allah sudah pun memberi petunjukNya, dan ditakuti, selepas ini, Dia tidak lagi ingin memberi petunjuk kepada saya, atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk yang telah Dia berikan. Maka, bukankah pada hakikatnya saya hanya menzalimi diri saya sendiri?

Justeru, suka saya katakan, jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.

Wasilah Dalam Pemilihan Jodoh.

Kat sini saya nak ke utarakan dua wasilah dalam mencari jodoh. Mungkin boleh di guna pakai oleh semua? Mungkin. Tak sepatutunya di guna pakai, apa wasilahnya? Pertama, jadilah orang yang baik, insyaAllah, akan dapat jodoh yang baik. Kedua. Ikutlah pilihan orang yang baik-baik. insyaAllah, pilihan itu adalah yang terbaik.

Tapi, kebanyakan orang akan menolak pilihan kedua. Sebab apa? Sebab semua dah berfikir, sekarang ni semua boleh mencari sendiri jodoh. Kenapa mesti nak orang yang carikan? Cukuplah aku jadi baik. Nanti jodoh yang baik akan datang pada diri aku.

Tapi kadang-kadang pun bukan mudah nak jadi orang yang baik. Dalam proses nak jadi baik, macam-macam hal boleh jadi. Macam-macam hal boleh jadi halangan. Ia juga satu proses yang panjang untuk menentukan adakah diri kita ni dah cukup baik?

Sebenarnya kedua-dua cara ini bleh di jalankan secara beriringan. Macam mana? Tidak memahami? Kalau kita berusaha menjadi orang baik, insyAllah akan datang yang baik untuk diri kita, kalau tidak pun, bila sudah datang jodoh kita akan di restui oleh orang yang baik. Tak begitu?

Penutup: Jangan Putus Asa Dengan Sesuatu

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.”Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Wahai hati-hati yang suci. . .

Katakanlah,

'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'
 “ … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
[Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

Continue...


Kenapa Malu Bila Cahaya Di Hadapan Mu?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 2:43 AM 0 comments




“ ishk, aku malulah. Kau tak malu ke?”

“ malu? Atas sebab apa kita nak malu? Kau tak pakai baju? Ke lepas kita berubah, kita terus cacat anggota? Engkau malu pada manusia tapi adakah kau malu pada pencipta-Mu?”

“Ermm… aku malu nak jadi budak baik. Kenapa? Kenapa aku tak nak jadi budak baik bila cahaya dah ada kat depan aku?”

“ Aku takut kau tak nampak apa itu Taufiq-Nya. Kau hanya nampak hidayah. Tapi, jalannya kau tidak tahu.”

Selalu kita dengar. Aku takut nak jadi budak baik. Aku takut. Kenapa kita takut? Kenapa kita mesti berhati-hati bila nak jadi orang baik? Tapi kalau kita nak jadi budak nakal, kenapa dalam satu masa kita boleh jadi? Kenapa kita tidak boleh jadi budak baik serupa macam budak nakal?

Kadang-kadang kita sudah nampak jalan keluar. Jalan penyelesaian untuk kita berubah. Tapi, kita tidak tahu arah tujuan kita. Mana kita nak jalan? Apa lepas ni orang fikir pada diri kita? Normal, bila orang cakap malu. Sebab, sifat malu tu perlu ada dalam diri kita. Tapi, bila hendak berubah menjadi orang baik. Janganlah malu.

“sesungguhnya sebahagian yang masih lagi di kenali umat manusia dari umat para nabi terdahulu adalah: apabila kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu “ ( Bukhari)

Cuma kenapa sekarang ini orang Islam, khususnya yang mengaku mereka ini Islam malu untuk menjalankan kewajipan mereka sebagai hamba? Kerana cara hidup kita tidak lagi di “merdeka”kan oleh sifat-sifat yang di bawa oleh “mereka-mereka” yang ingin menghancurkan dan mengaramkan Islam.

 Mereka berjaya membawa sifat malu itu amat tebal dalam diri kita. Memang tebal. Macam tebal dinding yang menahan yajuj dan majuj. Mereka berjaya membuat kita malu untuk membaca al-quran. Tapi mereka tidak berjaya membuat kita malu untuk membaca hiburan.

"Sesungguhnya lemahnya tarbiah atau pendidikan itu merupakan kepincangan yang secara perlahan akan melahirkan penyakit dan masalah dalam tubuh gerakan dakwah."
[Fathi Yakan, Robohnya Dakwah di Tangan Da'i, m/s 73 (Era Intermedia)]

Di Mana Taufiq-Mu, Andai Hidayah Mu Telah Ada

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada  mereka akan jalan-jalan kami.”  (Al-Ankabut: 69)

Seringkali kita berbicara soal taufiq dan hidayah kurniaan Allah SWT kepada manusia. Lancar bibir menitipkan doa ke hadrat Ilahi memohon agar selalu mendapat taufiq dan hidayah. Namun sedarkah kita apa maksud sebenar dua perkataan itu?

“Mereka tak dapat hidayah Allah SWT, sebab itulah buat maksiat (merujuk kepada muslim yang melakukan kemungkaran)..” Bicara seseorang seingat saya.

“Moga mereka mendapat hidayah Allah SWT.” Doakan rakannya menyambung ayat.

Menyelami maksud sebenar antara kedua-dua perkataan adalah sewajarnya bagi seseorang bergelar muslim. Agar memanifestasikan makna sebenar kepada khalayak umum, lantas menyemai taufiq yang diharapkan.
Berdoa biarlah faham.

“Allahummahdini fiman hadait, wa’afini fiman ‘afait..” Doa seorang Imam dihadapan makmum dengan lafaz individu. Bukannya secara jamak (banyak/ramai). Bagaimana mungkin mengharapkan sesuatu dimakbulkan jika apa yang didoakan kita juga tidak mengerti maksudnya.

Begitu juga dengan pengertian taufiq dan hidayah.
Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.
Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut yangs saya catitkan di perenggan atas entri ini.
Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Ikrimah Menerima Cahaya

Sebaik sahaja Nabi Muhammad berjaya menakluki kota Mekah, Ikrimah bin Abu Jahal melarikan dirinya. Dia mengajak Ummu Hakim, isterinya tetapi dia enggan. Akhirnya Ikrimah pergi seorang diri. Ummu Hakim pergi menemui Nabi Muhammad ditapak perkhemahannya. 

“Wahai Muhammad, Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana takut kalau-kalau kamu mahu membunuhnya. Oleh itu, aku memohon kepadamu supaya engkau menjamin keselamatannya,” katanya kepada Nabi Muhammad.

“Dia akan berada dalam keadaan selamat,” jawab Nabi Muhammad menjamin keselamatan Ikrimah. 

Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon untuk mencari suaminya. Dia membawa pembantunya yang berketurunan Greek. Apabila mereka telah jauh berjalan, pembantunya cuba mekalukan perkara yang tidak disenanginya. Ummu Hakim berjaya melepaskan dirinya sehingga tiba di satu penempatan Arab. Dia memohon pertolongan mereka yang kemudian menangkap dan mengikat pembantunya itu. 

Ummu Ahkim terus mencari Ikrimah. Akhirnya dia berjaya menemui Ikrimah di pantai berdekatan Laut Merah dalam wilayah Tihamah. Ikrimah ketika itu sedang berbincang menaiki kapal kepunyaan seorang pemuda. Pengemudi kapal tersebut berkata kepadanya, “Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah dirimu dan akan aku tumpangkan kamu!” 

“Apakah yang harus aku ikhlaskan?” Ikrimah bertanya: 

“Katakanlah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah!” kata pengemudi kapal itu. 

“Tidak sama sekali. Aku melarikan diri adalah kerana itu,” Ikrimah menjawab.

Ketika itu, Ummu Hakim datang mendekatinya. “Wahai Ikrimah putera bapa saudaraku, aku datang menemuimu membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling baik. Aku memohon supaya engkau jangan menghancurkan dirimu sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu daripada Nabi Muhammad,” kata isterinya. 

“Apakah engkau telah bercakap dengannya?” Ikrimah bertanya kepada isterinya.

“Ya, benar. Aku telah berbicara dengan beliau dan dia memberikan jaminan keselamatan atas dirimu,” Ummu Hakim menjawab.

Lalu Ikrimah setuju kembali bersama-sama isterinya. Ummu Hakim menceritakan tentang pembantu mereka yang cuba mencabul kehormatannya. Mendengarkan itu, Ikrimah segera menuju ke penempatan Arab tersebut. Dia mencari pembantunya lalu membunuhnya. Pada malam harinya, Ikrimah ketika mereka tidur, Ummu Hakim menolak hajatnya untuk bersama. 

“Engkau orang kafir, sedangkan aku orang Muslim,” kata Ummu Hakim.

“Jika kau menolak keinginginanku, ini merupakan suatu masalah besar bagi diriku,” kata Ikrimah kepada isterinya.

Esoknya, mereka meneruskan perjalanan. Sebelum Ikrimah dan isterinya tiba di Mekah, Nabi Muhammad menyampaikan pesan kepada para sahabat. “Ikrimah bin Abu Jahal kembali kesini sebagai seorang Muslim dan muhajir. Jangan sesekali kamu semua mempersendakan bapanya. Itu akan mendatangkan kedukaan kepada mereka yang masih hidup,” pesannya. 

Ikrimah dan Ummu Hakim tiba ditempat dimana Nabi Muhammad berada. Beliau menyambutnya dan mengajak Ikrimah duduk bersama-sama. 

”Muhammad, Ummu Hakim mengatakan engkau memberikan pelindungan kepadaku,” Ikrimah memulakan bicara.

“Ya, benar,” kata Nabi Muhammad. “Kini kamu selamat,” sambungnya.

“Untuk apa perlindungan itu kau berikan?” dia bertanya lagi.

“Untuk mengajakmu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku ini adalah utusan Allah,” kata Nabi Muhammad. 

"Demi Allah,” kata Ikrimah, “kamu mengajak kami melakukan perkara yang baik dan menyuruh kamu membuat perkara yang benar. Kamu tinggal bersama kami sebelum kamu menerima wahyu lagi dan kamu merupakan seorang yang paling kami percayai dalam percakapan dan yang paling baik antara kami,” dia menyambung

“Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad sebagai utusan Allah,” kata Nabi Muhammad. 

Mendengar kalimah penyaksian itu diucapkan, Nabi Muhammad merasa sangat gembira. “Katakanlah kepada Tuhan dan mereka yang hadir hari ini bahawa kamu seorang Muslim yang Mujahid dan Mujahir,” Nabi Muhammad mengarahkan Ikrimah. 

Ikrimah mengulanginya dan kemudian berkata, “Aku memohon kepadamu wahai Nabi Muhammad, supaya engkau memohon keampunanku kepada Allah atas setiap permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap perjalanan yang aku lalui untuk menyerangmu, setiap apa yang aku guna untuk melawanmu dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan atau di belakangmu.” 

Maka Nabi Muhammad pun berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak.” 

Mendengar doa yang dimohon oleh Nabi Muhammad itu, Ikrimah merasa senang hati dan gembira

“Wahai Nabi Muhammad, demi Allah setiap dinar yang pernah aku gunakan untuk menentang Islam, akan aku gantikan berlipat kali ganda demi membela agama-Nya. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk menentang Islam, akan aku ganti dengan perjuangan yang berlipat kali ganda demi membela agama-Nya, Aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir,” kata Ikrimah dengan penuh semangat. 

Selepas memeluk Islam, Ikrimah menjadi seorang yang komited dalam perjuangan. Dia dilihat sentiasa membaca al-Qur’an dimasjid dan meletakkannya diatas mukanya sambil berkata, “Inilah kitab Allah, mengandungi kata-kata Allah,” dan kemudiannya menangis kerana takutkan-Nya. Ikrimah sentiasa ikut dalam peperangan hingga akhirnya dia terbunuh sebagai seorang syahid. 

Takut Dan Cinta Akan Membawa Hati Dekat Kepada Cahaya

Takut dan cinta kepada Pencipta kita itu sendiri akan mendekatkan diri kita kepada cahaya. Kenapa?
Kata hukama, “Jika kita dapat menguasai diri kita, kita akan dapat menguasai dunia.” Ertinya, dengan menguasai diri kita sendiri, pengaruh kita untuk menguasai orang lain, mengubah keadaan dan mencorak suasana luaran itu akan meningkat. Itulah sebenarnya sifat orang bertakwa. Yang hati mereka hanya terikat dengan Allah. Ketika Rasululullah menerangkan tentang takwa, baginda telah bersabda sebagaimana yang dilaporkan oleh Abu Hurairah:
(Sambil menunjukkan dadanya ) takwa itu di sini. Sahih muslim.”

Keyakinan diri mereka sangat tinggi hasil mengingati Allah, detik kematian dan hari Akhirat. Apa yang mereka takutkan jika mereka merasai Allah sentiasa bersama mereka? When Allah is your friend, who is your enemy? Mereka akan terasa ringannya ujian di dunia apabila mengenangkan azabnya mati. Dan mereka akan yakin menghadapi kesusahan hidup di dunia kerana menyedari itulah bekalan untuk hidup di akhirat nanti.

Bagi orang yang bertakwa, mereka tidak berpegang kepada prinsip ‘lihat dahulu baru yakin’ tetapi sebaliknya ‘yakin dahulu baru lihat’. Dengan keyakinan kepada Allah, syurga, neraka dan lain-lain rukun iman (yang tidak mereka lihat) serta mereka berusaha, bekerja dan berjuang di dunia – maka akhirnya mereka akan dapat melihat ‘wajah’ Allah di dalam syurga di akhirat kelak.
Inilah bentuk keyakinan diri yang sangat luar biasa. Manakala keyakinan yang terhasil oleh sikap ‘lihat dahulu baru yakin’ adalah keyakinan yang biasa-biasa. Keyakinan diri umat Islam adalah keyakinan yang luar biasa, justeru kita didorong untuk beribadah dan berjuang semasa hidup kerana mengharapkan pertemuan dengan Allah dan syurga selepas mati. 
Para muttakin umpama ikan yang tidak akan masin dengan kemasinan laut. Sebab itu ingin ditegaskan bahawa keyakinan kepada diri sangat berkait dengan keyakinan kepada Allah. Maksudnya, siapa yang lebih kuat keyakinan kepada Allah, maka dialah yang paling kuat keyakinannya terhadap diri sendiri!

 Siapakah orang yang paling kuat? Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksud: Bukanlah orang yang kuat itu dengan bergusti, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang mengawal diri mereka ketika marah. (al-Bukhari, al-Jami’ al-Sahih al-Mukhtasar, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, jil. 5, hlm. 2267, no. hadith: 5763)

Inilah sebahagian langkah untuk mengubat ‘sakit hati’ di kalangan para orang muda masa kini. Kata Sayidina Ali lagi: “Beramallah ketika di tempat yang tidak ada ganjaran tetapi hanya ada amalan (dunia), sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tidak ada amal (akhirat).”

Oleh itu adalah lebih baik kita terlebih dahulu sedar ketika hidup di dunia (kerana kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan membetulkan kesilapan), daripada kita tersedar ketika berada di alam kubur, yang mana pada ketika itu segala-galanya sudah tidak berguna lagi.
Berjuanglah menghadapi kemalasan dan kejahatan diri sendiri. Malulah kalau kita kalah dengan diri sendiri. Jangan hanya malu jika  ‘kalah’ dengan orang lain. Biasanya orang yang menang dalam bertanding dengan dirinya sendiri akan menang juga dalam pertandingan dengan orang lain. Only me can beat me! – Hanya kita sendiri yang boleh mengalahkan kita!

Benar, anda sahaja boleh mengalah diri anda sendiri. Jadi bertandinglah dengan diri sendiri, dengan mengalahkan rasa malas, menundukkan sifat malu tidak bertempat, mengatasi rasa takut yang tidak kena pada masanya dan lain-lain sifat negatif. Jangan terkeliru dengan anggapan bahawa muda hanya sekali, lalu kita mesti ‘enjoy’ sepuas-puasnya.
Muda sebenarnya dua kali – satu di dunia, satu lagi di akhirat. Muda di dunia akan diakhiri oleh usia tua. Tetapi muda di akhirat kekal selama-lamanya (ahli syurga semuanya dalam usia remaja) – berita gembira untuk yang telah tua.
Gunakan masa di dunia untuk mencapai muda, bahagia dan keceriaan yang lebih bermakna di akhirat.  Kembalilah kepada fitrah!

Continue...


Tuesday, September 6

Allah Sangat Merindui Diri Kita

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:17 PM 0 comments


“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang – orang yang bertaqwa”
Al-Imran: 133
Allah sangat merindui kita. Tidak kira sejauh mana telah kita lari dan terpesong pada jalan Allah, Dia tetap menanti kepulangan kita. Dan rindunya Allah terhadap kita, bukan sahaja Allah menanti kepulangan kita, bahkan Allah berikan tanda – tanda di sekitar kita supaya kita sedar kita telah sesat dan mencari jalan pulang kepadaNya. Allah sangat merindui kita, pulanglah kepada Allah.
Tanda – tanda Itu di Sekitar Kita
Baru – baru ini, sewaktu saya balik ke Batu Pahat Dari Skudai, saya menggunakan jalan yang tidak pernah saya gunakan. Dahulunya saya lebih senang naik ke lebuhraya untuk ke Batu Pahat dari Skudai tetapi kali ini saya mahu meneroka Pontian. Sebabnya nak balik kampung, sekarang dah kerja ni lalu kampung je best.
Sampai di Pontian Kechil, terdapat satu simpang ke Pekan Nanas dan Skudai, saya terlepas simpang tersebut dan menghala ke Kukup. Saya mula sedar saya sudah menghala ke jalan yang salah apabila saya melihat persekitaran saya. Persekitarannya yang agak kekampungan dan sangat berbeza dengan jalan sebelum ini. Batu tanda pun tidak kelihatan seperti jalan – jalan utama yang biasa. Saya pun berpatah balik dan akhirnya saya sampai ke simpang yang saya terlepas tadi. Dan benar sekali, saya terlepas simpang tersebut.
Begitulah dalam hidup ini. Apabila kita mula tersalah jalan. Menyimpang daripada jalan Allah, maka Allah akan berikan tanda – tanda di sekitar kita. Supaya kita sedar dan kembali. Allah tidak akan membiarkan kita begitu sahaja.
Tanda – tanda itu datang dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi hati kita tidak tenang walaupun hidup kita dikurniakan rezeki yang mewah. Boleh jadi apa yang kita usahakan tidak menjadi. Boleh jadi nikmat – nikmat yang sangat kita inginkan atau sesuatu yang sangat kita sayangi pergi meninggalkan kita.
Yang penting, tanda itu akan buat kita rasa sesuatu yang tidak kena di sekeliling kita. Ada cetusan yang akan timbul. Berbalik pada diri kita untuk memejamkan mata kita daripada tanda – tanda tersebut atau mengambil langkah untuk berubah, kembali kepada Allah.
Kesukaran itu Tanda Cinta Allah
Kesukaran demi kesukaran yang hadir adalah tanda cinta Allah kepada makhlukNya. Kesukaran itu supaya kita kembali kepadaNya. Kesukaran menyebabkan kita mulai sedar kelemahan diri kita. Sedar akan hakikat diri kita yang memerlukan pada nikmat – nikmat kurniaan Allah bagi melangsungkan penghidupan kita.
Kita adalah makhluk yang sering alpa dan lalai. Kita mudah hanyut dibuai kesenangan dunia. Nikmat – nikmat kurnian Allah gagal kita uruskan kepada jalan mentaatiNya sebaliknya, kita gunakan untuk memenuhi keinginan nafsu kita dan melanggar aturan – aturan Allah.
Apabila kita ditimpa kesukaran, barulah kita mula sedar hakikat diri kita yang kerdil dan tidak upaya menyelesaikan masalah – masalah yang mendatang. Kesukaran itu Allah kirimkan untuk menumpaskan ego kita yang sombong daripada sentiasa mengharap dan bersyukur padaNya. Janganlah kita terlalu ego untuk mengakui hakikat diri kita sebagai makhlu ciptaanNya dan wajib kembali kepadaNya. Wajib mengharap padaNya.
Sedarlah, tanda kecintaan Allah kepada kita, hamba yang mudah alpa dengan kesenangan dunia adalah dengan menarik kesenangan – kesenangan kita supaya kita kembali meletakkan harap kita hanya pada Allah Yang Maha Kuasa. Janganlah kita sombong dan ego untuk merendahkan diri dan memohon keampunan kepadaNya dan dilepaskan kita daripada kesukaran – kesukaran.
Takutlah Dan Haraplah kepada Allah.
Takutlah kita pada azab Allah di dunia dan di akhirat. Takutlah kita kepada kemurkaan Allah Yang Maha Keras. Diri kita terlalu jauh daripada Allah. Takutlah kita dengan ancaman – ancaman yang Allah sentiasa ingatkan dalam Kitabullah. Ampunlah keampunan padaNya.
Dalam masa yang sama, harapkanlah keampunan Allah yang Maha Pengampun dan maha Penyayang. Bukankah Kasih Sayang Allah itu melebihi KemurkaanNya? Letakkanlah harapan tertinggi kepada keampunan Allah. Bersegeralah melangkah ke pintu taubat dan menyintai Allah kerana sesungguhnya Dia sangat menyintai kita. Allah sangat merindui kita, kembalilah segera kepada Allah.

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang – orang yang bertaqwa”

Continue...


Sunday, September 4

Aku Menajadi Orang Asing

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 10:03 PM 0 comments



Dahulu, aku sering memperlecehkan orang asing yang bertandang ke negaraku. Mereka merampas peluang ekonomi. Ada juga, teman-teman yang kehilangan bakal isteri/suaminya dek dilarikan orang asing. Orang asing malah kutuduh sebagai penjajah tidak bersenjata.
Itu dahulu. Semasa aku belum kenal apa maksudnya ‘orang asing’. Ketika aku tidak lalui kehidupan sebagai seorang yang asing. Akhirnya, aku akui, hanya orang asing yang mengenal siapakah orang asing itu. Dan orang asing sahaja yang menjadi milik orang asing itu.


Orang asing, berhijrah demi memperjuangkn survivaliti diri dan keluarganya. Orang asing, ke mana sahaja bermodalkan Allah dan rasul-Nya. Orang asing tidak menjadikan dirinya unik, tetapi mereka memperjuangkan apa yang dijuangkan oleh orang asing juga.
Bila kita menganggap diri sendiri seperti orang asing, dan melayani orang di sekeliling seperti orang asing juga, maka itulah yang menyatukan kita.


Ayuh, selami kata-kata sahabatku yang menyihirkan ini: (Baca penuh di link ini. Kalau entri begini dijadikan teks khutbah, pasti menangis jemaah mendengarnya)

We ask Allah that He make you and I among the strangers. We ask that he gives our son and daughters love for the strangers. We ask Allah that whoever that has gone astray will come back to become strangers. We ask Allah, whoever that comes to the masjid will return again to the masjid so that they can pray with the strangers.

Kenapa?

Because when the Muslims in Palestine, in Afghanistan, in Somalia, in Yemen, In Malaysia and when the Muslims wherever they are, they come out, began to pray in the Masjid as strangers, then Allah will give the earth back to them, their Quwwah, the strength back to them. Then Islam will be back.

Tiada hairan, mengapa kita disuruh meramaikan rumah-rumah-Nya bila tiba waktunya.




Continue...