Followers

Thursday, May 20

Semalam yang hilang (2)

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:17 PM 0 comments

Adam merupakan salah seorang peserta hafazan Al-Quran peringkat negeri Selangor. Masakan Adam tidak mengetahui hakikat ayat al-quran yang banyak di hafal. Akhirnya, Adam terpaksa merelakan hati berpindah ke sekolah yang dahulu paling tidak di sukainya.

“Awak,yang kat pintu pagar tu. Berhenti.Bagi nama dengan kelas awak”sempat juga Adam menjeling tajam kea rah pengawas yang menahannya.

“Adam Ahmad. Kelas tingkatan 4 Zamrud. Ada pape lagi tak? Lau tak da saya nak jalan dulu” dengan suara yang agak tegang Adam memandang pengawas yang menahan dia.

“ Lambat baru 3 minit, sibuk-sibuk lak nak tahan” Adam membebel seorang diri tetapi dengan suara yang agak kuat.

“ Apa? Awak cakap saya penyibuk tahan awak? Awak pelajar barukan? Sebab sebelum ni tak pernah nampak awak. Sekarang awak pergi sebelah baris perempuan sana.” Adam menuruti sahaja arahan pengawas yang sempat di kerling tag nama Suhaila.

Adam mengetahui bahwa ada sepasang mata yang sedang asyik memandang tepat ke muka Adam. Tapi, Adam mengingati pesanan daripada pakciknya jangan jadikan keindahan rupa sebagai pengaruh di sekolah barunya.

Di kelas, Adam duduk bersebelahan dengan seorang pelajar yang bernama Izzudin. Izzudin merupakan seorang pelajar yang baru berpindah dari sekolah bandar ke sekolah kampung. Bukan tiada rakan sekelas lama semasa Adam di sekolah kampung ini, ada dua pelajar yang merupakan rakan dari sekolah rendah Adam juga.

“ Din, kau dari sekolah mana dulu?”sambil menulis Adam bertanya kepada Izzudin.

“Aku? Aku sekolah munshi. Ko lak? Mana kau tau nama aku? Aku nak panggil ko apa aerk?” Izzudin kebingungan apabila Adam mengetahui namanya.

“Tu, kat name tag kau. Kan ada nama, ape la ko ni. Panggil aku Adam boleh, Ad pun boleh.” Tersenyum simpul Adam melihat gelagat rakan barunya itu.

Bangun…Assalamualaikum cikgu…Ketua kelas memberi arahan tanda cikgu telah masuk dan ingin memulakan waktu p&p. Assalamualaikum cikgu. Pelajar yang lain menuruti apa yang ketua kelas arahkan termasuk Adam sekali.

“Cikgu minta maaf sebab minggu lepas cikgu tak dapat masuk kelas. Cikgu dengar ada pelajar baru masuk kelas ni ke?”Tanya cikgu yang bernama En.Zaidi.

Kelas kembali riuh seperti tiada cikgu yang masuk di dalamnya. Cikgu Zaidi mengetuk-ngetuk rotan ke atas meja supaya kelas dapat di kawal. “Sape pelajar baru? Ramai yang dah kenal kan?jadi tak payah la cikgu nak suruh dia perkenalkan diri. Pelajar baru tu mari ke sini, daftar nama”ujar cikgu Zaidi.

Setelah selesai urusan pendaftaran, cikgu Zaidi memulakan aktiviti pembelajaran. Adam tertidur di dalam kelas kerana mengantuk. Lagipun semasa di sekolah lama, Adam sudah habis belajar Matematik tingkatan 4 dan baru memasuki bab 1 Matematik tingkatan 5.

*****************************

Kringgg…tanda waktu rehat menjelma. Adam masih tak bangun-bangun lagi. Ketua kelas yang bernama Shahrul dan telah di beri gelaran Atok datang dan mengejut. “Ad, bangun.”atok mengoyang-goyangkan badan Adam. Sambil terpisat-pisat Adam bangun menuju ke pintu keluar dan menuju ke kantin. Banyak mata yang memandang ke arah Adam.

“Bang, kasi kopi satu. Roti kosong satu” Adam membuat pesanan kepada abang kantin.

Suasana yang riuh rendah di kantin betul-betul membuatkan Adam tak selesa. Kalau boleh nak di paksa tukang masak dan buat air buat untuk dia dulu.

“Tok, aku nak tanya sikit boleh?” Adam memulakan perbicaraan.

“ape dia? Ko nak Tanya sikit? Tanya la banyak sikit.” Sambil menghirup air yang baru sampai di pesan oleh Atok.

“ Aku nak tanya kat kau. Kau kenal tak orang nama Asikin?” Adam memulakan pertanyaan dan membuatkan beberapa orang yang dengar sedikit tersentak.

“ Wah, ko budak baru, belum-belum dah tanya pasal dak perempuan sekolah ni pesal? Cari gaduh ke?” kedengaran suara sumbang dan Adam pastila tidak mengenali mereka.

“ Ntahla ad, ada ramai orang nama Asikin la…ko mana dapat nama Asikin ni? Bukan ke kau baru je masuk sekolah ni.” Atok dengan dahi yang berkerut-kerut kepelikan.

“Hmmm…aku pun tak tau la tok, tadi malam la, aku tengah buat kerja Biologi sekolah aku lama, dapat mesej”tidak sempat Adam menghabiskan bicara, bunyi loceng tanda waktu rehat telah habis kedengaran.

“ Kau nak tanya apa tadi Ad?”

“Hmmm,,tak da ape la tok. Tok, pas ni aku tak masuk kelas tau, aku malas dengan cikgu tu. Ajar macam ajar patung.” sambil menghirup air yang sempat di bungkus oleh Adam.

“Mana aku nak berjalan kat sekolah ni aerk.Aaa…aku rasa baik aku jalan-jalan pusing satu sekolah ni. Buat lawatan rasmi,dah nak dekat habis kelas cikgu tu, tau la aku masuk nanti.” Adam berbicara dengan diri sendiri.

“Hish, apa la budak-budak sekolah ni. Pengotor kot. Tandas kotor gila dengan punting rokok, lau kat sekolah aku ni, habis dah budak-budak ni.” sambil ketawa Adam teringat kenangan yang mencuit hati di sekolah lama Adam.

“Adam…adam….sini-sini, tengoklah sini Adam” hish suara sapa lak la ni pangil-pangil nama aku.

“Lah, pesal pulak budak-budak tu? Macam tak betol je tengok”getus hati Adam sambil berlalu pergi.

************************************************

Sewaktu Adam melintasi kelas yang bersebelahan dengan kelas 4 Zamrud, ada seorang lelaki menahan Adam.

“Mat, ko sini jap, ada orang nak jumpa kau.”ujar lelaki yang menahan Adam..

Sambil menuruti apa yang di suruh lelaki tersebut, Adam di suruh duduk di sebuah kerusi. Adam sempat melihat nama di atas buku yang bertaburan di atas meja. Norlyiana binti Azlan. “ Sapa la manusia ni, pening aku la”bisik hati kecil Adam. Setelah lima minit duduk bagai orang bersalah, datang seorang pelajar perempuan dan dengan selamba duduk sebelah Adam.

“ Awak Adam? Adam Ahmad? Saya Norlyiana”sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

“ Aa, saya Adam Ahmad”sambil tersenyum Adam tidak meyambut huluran salam yang diberikan oleh Yana.

“Kak, boleh saya minta diri? Saya nak masuk kelas dah.” Adam bangun meminta izin untuk keluar.

“Japla, saya belum berbual-bual dengan awak lagi, tak payah panggil akak, panggil Yana je”sambil menahan daripada Adam keluar daripada kelas.

Hampir satu jam juga Adam di temubual oleh Yana. Entah kenapa Yana berminat sangat dengar apa yang Adam cerita. Tentang sekolah, diri Adam. Setelah puas berbicara, Adam berlalu pergi untuk masuk ke kelas.

Kriiinggg……bunyi loceng menandakan waktu persekolahan telah tamat.

***************************************************

Setelah dua bulan berlalu, hubungan Adam dan insan misteri yang bernama Asikin semakin rapat. Tetapi, Adam masih tidak mengetahui siapa gerangan tuan punya badan. Setelah puas di seledik, di tanya, Kin masih berahsia. Tidak mahu mendedahkan identiti terlalu awal agaknya. Hanya klu-klu yang di berikan. Adam semakin bingung, siapa gadis ini? Kenapa dia begitu berminat dengan aku?

Hari ni seperti biasa Adam pergi ke sekolah dengan berbasikal. Di letak basikal jauh daripada sekolah dan berjalan kaki menuju ke sekolah. Semasa di sekolah Puan Radziah iaitu guru pengawas telah membuat pengunguman untuk memilih pengawas bagi sesi 2006. Adam menagmbil boring dan keinginan untuk menjadi pengawas sekolah amat kuat. Adam yakin, dengan pengalaman sebagai ketua disiplin asrama peluang menajadi pengawas amat kuat.

Pada tengah hari, Puan Radziah memangil Adam ke pejabat. “Adam Ahmad? Awak pelajar barukan?kenapa awak mohon nak jadi pengawas?”tanya Puan Radziah

“Maafkan saya puan, saya nak jadi pengawas sebab saya mahu meneruskan perjuangan saya yang belum selesai semasa di asrama saya puan”tegas Adam.

“Maaf, saya tidak mengenali kamu, jadi kamu tidak layak memegang jawatan sebagai pengawas sekolah”ujar Puan Radziah.

“Tapi” belum sempat Adam meneruskan bicara. Puan Radziah sudah meyuruh Adam pulang ke kelas.

“Hmm..memang betul la ni sekolah kampung, pemikiran pun kampung” getus hati Adam tak berpuas hati.

*****************************

“Salam, Kin” Adam menghantar mesej kepada Asikin.

“Wa’alaikumusalam,,=)”mesej di jawab.

“Kin, minggu depan dah mula cuti sekolah, pastu kita dah naik form 5, tapi Ad masih tak tau lagi sapa Kin”

“Ad, sabar ae, nanti Ad tau sapa Kin, Kin takut Ad fikir Kin bukan-bukan”

“Hmm,,tak la,,tak fikir bukan-bukan, sebab Ad dah mula rasa sesuatu kat Kin”

“Rasa pe tu?”

“Rasa sayang kot,hehehe”Adam tersenyum sambil menghantar mesej. Memang betul, sejak pencarian Adam mencari identiti insan misteri Asikin, Adam dah mula rasa saying berputik. Mungkin ini adalah cinta pertama Adam.

“Ele,iyer je Ad ni,kita belum jumpa lagi dah cakap sayang. Nanti dah jumpa, dah tau sapa Kin, terus tolak Kin”

“Hehehe,,tak la..insyaAllah tak, Ad lagi suka macam ni. Usaha tangga kejayaan.”

“Aeh, loyar buruk lak ae.”

***************************************

Hari ni merupakan hari pertama persekolahan. Bosan yang dirasai Adam teramat-amat. Harap tahun baru ni membuka peluang baru untuk Adam terus maju. Adam juga telah memegang jawatan sebagai pengawas pusat sumber. Kin pun memegang jawatan yang sama dalam sekolah.

Adam dan Asikin pun telah menjadi pasangan kekasih, kekasih yang hanya seorang mengetahui rupa dan siapa Adam.

Dua bulan lagi merupakan hari larian merentas desa. Hari yang paling di tunggu-tunggu Adam.

“Ad, lau Ad nak tau sapa Kin, nanti masa hari larian merentas desa, Ad kena datang tau. Jangan nak ponteng, nanti Ad tak dapat tau sapa Kin”

“Hehehe, Kin nak jumpa Ad ker?”

“Ishk,tak la,segan la nak jumpa”

“Habis tu?macam mana Ad nak tau sapa Kin?”

“Ala, dia ni banyak tanya pulak, nanti Kin pakai sapu tangan kuning, Kin jaga laluan lelaki nanti, Kin kan St. John”

“Hehe,macam tu ae?payahnya nak tau sapa Kin ni kan,mintak-mintakla kekal hubungan kita ni”

“Woi, berangan lebih r dia ni. Agak-agak lau harimau melintas sebelah kau perasan tak Ad?”sergahan Atok membuatkan Adam terkejut dari lamunan.

Sambil memegang bahu atok “Tok, ko memang tak kenal ke sapa Asikin?”tanya Adam

“La,dari tahun lepas kau tak tau lagi ke sape orangnye?”tanya Atok dengan muka yang penuh kehairanan

“Emm,,ntahla tok. Payah tol aku nak tau sapa dia ni” Adam menguis-nguis tar sambil memilih batu-batu kecil.

“Ok la,aku bagitau,kat sekolah ni, lau dak form 5 ada sorang je nama Asikin, tapi tak kan dia Ad?”

“Ada sorang je ker?sapa?”dengan penuh bersemangat Adam ingin mengetahui.

“Dia kelas 5 Nilam”

“5 Nilam?”

“aa, 5 Nilam”

“5 Nilam bukan belakang kita ke barisan perempuan dia?”

“Hehe..pandai pun kau”

“Hehehe,,ko tunjukkan aku mane budaknya, nak gak aku tengok.”

“tu ha”atok menunjukkan ke arah seseorang.

“tapi,Ad”

“ape dia tok?”

“dia ada sakit,aku dengar dia sakit jantung berlubang”

“Ya Allah. Kau kuatkanlah hambaMu ini”bisik hati Adam.

************************************************

Malam seperti biasa Adam dan Asikin berbual-bual di telefon, cerita kisah-kisah menarik.

Suatu malam, Adam terjaga dari tidur “Ya Allah,jauhkan lah mimpi ku ini Ya Allah”

Adam bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Adam menuanaikan solat istiharakh adakah pilihan hati dia bahawa Asikin setepat pilihan yang di redhai Illahi.

Ketika malam sunyi hening, bulan pun sndiri

Bersimpuh di atas kain yg menjadi alas raga berlumur dosa

Memejamkn mata, heningkn jiwa, mendengarkn hati

Perlahan bergetar raga yg nmpk kuat ini tanpa kuasa

Hatiku berbicara, menjerit, menangis pilu, tersingkap malu

Atas semua ulah akan raga, ucapan akan kata

Dan pandngan akan hina

S'akan bulan mmalingkn wajahnya krna suara jeritn hatiku

Dn tak kuat mlihat lukany hati akibat dri sgala dosa

Mulut ini smpi malu utk bbicara

Tngan ini smpi tk kuat utk mnadah

Mata ini smpi tk bisa utk dbuka

Seakn tubuhku spt rsa mati

Air mata pn mnitis mbasahi pipi

Suara pn parau, serak tk thenti

Nafas pn berat, seakan dada ini bebani

Ats gala khilafku yg mbungkam hati

Dgn sgala sisa asa jiwaku mmohon

Dgn sgala malu & luka hati ini aku mmohon

Dgn bgetarny raga ini aku mmohon

Dgn piluny hati ini aku mmohon

Mmohon utk d'ampuni dosa ini

Mmohon utk dsembuhkn hati ini

Mmohon utk djaga raga ini

Mmohon utk dlindungi lisan ini

Inilh muhasabahku

Utk diriku

Ats dosaku

Dgan sgala ktidaksederhanaanku

Ya Rabb, jk hati & jiwa ini tk mmpu tuk sempurna

Aku ingin selalu djaga

Dgn sgala ksederhanaan yang ku punya

Dn diampuni dr sgala dosa.

Continue...


Wednesday, May 19

Semalam yang hilang

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 10:27 PM 0 comments

Duduk terpaku aku di jendela kamar memerhatikan keindahan bintang ciptaan Ilahi. Bagaikan baru semalam kenangan bersama dia. Bagaikan baru semalam berbual-berbual dengan dia. “Dam, nape termenung tu?”lamunanku tesentak sebentar. “Oh mak,tak da ape-ape mak, cume tengah celaru fikiran Adam, mak masuklah tidur dulu.”

************************************

Asikin, nama itu lah yang telah mencuri hatiku. Yang telah membawa jauh pergi bersama kenangan yang bagiku cukup indah. Indah dari segi akhlak, paras rupa dan kesopanannya cukup membuat mana-mana hati lelaki tertawan dan mudah terpaku. Itu termasuk diriku.

Sewaktu membuat kerja subjek Biologi, handphone ku berbunyi. “Ah,sape je la yang mesej malam-malam macam ni. Malaslah aku nk layan, buat kerja lagi bagus.”getus hati kecilku. Selesai kerja rumah di buat. Aku perlu menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang hamba Allah.

Selang lima minit hanphoneku berbunyi lagi. Kali ni bertalu-talu bunyi nada yang menandakan mesej yang banyak di hantar kepadaku. “Aduh, sapa la yang bagi mesej ni,tak tau dah malam ke,”aku membebel sendirian. Sambil melipat sejadah, aku membaca mesej. “aik, sampai tiga mesej dia hantar,sapa la ni” aku berbicara sendiri.

“Assalamualaikum, ni Adam Ahmad kan?”

“Assaalamualaikum, tengah buat apa tu?”

“Aik, sombongnya dia tak nak layan mesej saya”

“Hmmm,nak balas ke tak aerk?”getus hatiku.

“Wa’alaikumusalam, sapa ni,?”tanyaku.

“Ha, balas pun, pikir tak nak reply mesej dah, saya orang r, tak kan patung lak yang hantar mesej kat dia”balasnya

“Adui, memang la manusia, manusia ada nama, lagi satu mana dapat nombor saya ni? Ni dak sekolah Dato’?”

“Hehe, jangan la marah. Saya Cuma nak berkenalan dengan awak je. Bolehkan? Nombor awak? dapat dari orang la,hehe. Nantila dah lama sikit baru saya cakap saya dapat dari mana,ok?”

Aku bermonolog sendirian. “Sape la minah ni.nama pun tak nak bagi tau tapi tau nama aku, aku dah la baru pindah sekolah ni, tak sampai seminggu pun masuk dah ada orang mesej?”

Continue...


Tuesday, May 18

Petua Mencuci Hati

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 12:38 AM 2 comments


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

Continue...


Monday, May 17

Dalam Baik Ada Buruknya

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:33 PM 0 comments

Tertarik dengan cerita bagaiman suami terdiri dari orang baik2 tetapi isteri khianat dan derhaka. Contoh yang terbaik ialah perihal nabi LUT dan Nabi Nuh. Di mana nabi Lut dan Nabi Nuh adalah mahluk terpuji kesayangan Allah. Tetapi isteri kedua2 nya khianat dan derhaka (refer Surah AtTahrim : 10)

Manakala kadangkala isteri sangat baik tetapi suami macam shaitan. Contoh yang terbaik ialah Firaun (refer At Tahrim : 11)


Kadangkala anak sangat baik bapa yang tak baik jadi ahli neraka. Ini contoh nabi Ibrahim dan ayah nya.

Kadangkala bapa nya baik anak pula derhaka pada Allah. Ini contoh nabi Nuh.

Kadangkala dalam suatu keluarga yang besar, ada macam2 perangai. Bapa baik, anak pula, ada yang baik dan ada pula yang nakal. Ini contoh nabi Yaakob dan nabi Yusof serta adik beradik nya.

Bandingkan dengan keluarga kita tak banyak jauh beza nya. Dalam keluarga pasti ada masaalah. Kadang ada saja yang tak kena. Tapi semua nya terpulang kepada kita untuk menangani nya dan seterus nya menyelesaikan nya.

Adik beradik bagai gigi dengan lidah pasti tergigit. Tapi bila dah tergigit jangan lah terus gigit.

Yang sensitif tu, jangan lah terlalu sensitif. Dan yang suka bergadoh tu, jangan lah selalu cari pasal. Cuba cari common topic yang boleh membawa kita rapat dan mesra. Kalau di fikirkan alasan yang menyebabkan kita bergadoh, selalu nya adalah benda remeh temeh aje. Tapi benda yang remeh temeh ni lah yang menyebabkan kita bergadoh. Yang penting mesti ada pihak yang sanggop membuat langkah pertama, merapatkan jurang perselisihan.


Continue...