Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:20 PM

Pesanan
artikel kali ini adalah untuk diri saya. Kadang-kadang saya meraksan diri ini
jauh dari Tuhan. Saya mula muhasabah
diri saya kembali. Kenapa saya jauh dari Allah? Sedangkan saya selalu
mengungkapkan rasa cinta, sayang dan rindu kepada Allah Tuhan semesta Alam?
Kalau benar rasa cintakan Allah, kenapa rasa
diri ini jauh dari Dia?
Saya
renung kembali. Saya membuka balik lembaran-lembaran lama. Buku catatan saya
yang lama....
Continue...
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:39 PM

Penyakit yang sukar
dilihat dengan mata kasar itu, sangat bahaya. Maka, berusahalah mengubatinya.
Jiwa
yang sakit menimbulkan pelbagai keresahan. Maka, manusia akan pencari
penawarnya. Yang berbeza adalah, penawar bagaimana yang dicari untuk mengubati
jiwa yang sedang sakit itu. Berjaya atau gagal.
Jiwa
yang sakit itu sering kali diamuk kerisauan yang tidak berasas. Empunya jasad
sendiri tidak tahu kenapa dan bagaimana. Adakalanya juga...
Continue...
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:07 PM

Sambil memandu, saya bertanya kepada anak-anak ke mana hendak pergi untuk berkelah sempena cuti sekolah. Saya memberikan beberapa pilihan untuk diundi mereka. Saya sebut satu per satu dan minta mereka angkat tangan tanda setuju.
Suasana menjadi riuh. Nampaknya semua tempat mereka angkat tangan dan setuju untuk pergi. Saya kemudiannya menyenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan tempat-tempat itu supaya anak-anak saya...
Continue...
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 10:33 PM

Kamu Cepatlah Kahwin
Ungkapan gurauan ini selalunya dicipta untuk mewarnai suasana. Sebagai bahan usikan dan semata-mata. Tetapi malangnya, apabila tidak ramai yang sedar, bahawa ungkapan ringkas tersebut ibarat adakalanya tidak lebih daripada meletak garam ke luka bagi sebahagian teman atau sahabat kita.
Tidak ramai yang sanggup berterus terang tentang betapa ‘terdesaknya’ mereka untuk berkahwin dan mempunyai pasangan yang...
Continue...
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 12:17 PM

BedahBlog Best: Jangan Marah
Bagaimana rasa kita bila mulut yang pernah kita suap tiba-tiba menggigit kita? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bvila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita berdepan dengan “pelakon” handalan yang pandai sekali...
Continue...
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:05 PM

Sahabat cyber yang sering kutitipkan doa untuk mu.
Terima kasih kerana sering menghantar email dan bertukar-tukar fikiran. Terlalu banyak ruang diskusi antara kita di alam maya ini. Tidak sedikit ilmu yang aku perolehi dari mu justeru membantu ku untuk memahami golongan seusia mu.
Email mu kali ini sungguh meruntun hati dan nurani ku. Terasa sebak dan hingga aku hampir mengalirkan air mata ku. Bukan kerana simpati atas nasib mu. Tetapi kerana...
Continue...