Followers

Monday, August 29

Kau Sanggup? Aku Tidak.

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:47 PM 0 comments

Anak-anak kecil masih belum mengerti, apakah fungsinya tiga batang lilin ini kunyalakan. Mereka merasakan tiada signifikannya kehidupan mereka yang terlalu hijau itu dengan lilin yang menyala di hadapan. Aku cuba menarik perhatian mereka. Adik-adik… Tiada balasan. Mereka masih lagi bergelak ketawa, bersenda gurau dengan rakannya sebelah menyebelah. Beginilah halnya tika mentarbiyah anak-anak kecil, mengekalkan fokus mereka sepanjang slot adalah...
Continue...


Sunday, August 28

Siapa Yang Tiada Kenangan Lampau?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 12:19 PM 0 comments

Saat lampau seorang anak remaja adalah kisah kanak-kanaknya. Bagi belia dewasa, zaman remaja dan kanak-kanaknya adalah kenangan lalu. Bagi si tua, sedari kanak-kanak itulah rakaman hayatnya yang terdahulu. Begitulah manusia, hari semalam itu ibarat nostalgia, hari esok bagai mimpi-mimpi yang baru. Pengalaman indah, manis, dan baik-baik, mudah saja kita mainkan kembali memori itu. Sebaliknya, kisah negatif yang pernah berlaku pada diri kita, jarang sekali terpetik di minda. Pasti mustahil andai kita dengan duduk-duduk begitu saja, berjaya mengingat...
Continue...


Dingin Angin Mediterenian

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 10:10 AM 0 comments

BERITA jam lapan sedang ke udara. Pandangannya ditumpukan ke skrin kaca. Perhatian diberikan segenapnya. Menyorot inti utama berita. Berita yang berlegar-legar dalam skop yang itu juga. Topik yang sentiasa menjadi pertikaian. Tidak pernah berkesudahan. Dia mengerutkan dahinya. Sesekali mendengus. Muak dengan perkembangan yang disampaikan. Liputan sidang damai yang sedang berlangsung di Tel Aviv di antara Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Pertemuan diplomasi yang sudah termakruf akan natijahnya. Ucapan kedua-duanya juga...
Continue...


Monday, August 22

Ketika Itu Ramadhan Hampir Berlalu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:07 PM 0 comments

Hari tu, hari last day aku di Kelantan, sebab nanti semua dah nak bercuti. Kerana sambut hari raya aidilfitri. Tapi aku? Tiket bas pun lupa nak beli awal, dah kehabisan. Aku da risau ni, lagi berapa hari dah nak raya. Dah nak nangis je. Lastly, aku pergi wakaf bharu, Kelantan. Naik keretapi jela jawabnya.Sebab ni je yang paling dekat dengan kampus aku. Kat Kota Bahru nun. Di dalam kocoh gerabak keretapi, sibuk penghuni perutnya bersilih ganti,...
Continue...