Followers

Monday, May 24

kepada kawan aku iryani nasib

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:34 PM 0 comments

aku tahu,berat beban yang kau rasakan,,jadi..kita haruslah bersabar..sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar dan beriman...Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:...
Continue...


Saturday, May 22

Semalam Yang Hilang (6)

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:24 PM 0 comments

********************************* Setiba di rumah, Adam masih diam seribu bahasa. Kekecawaan yang di rasai amat dalam. Mencengkam ke lubuk hati insan yang bernama Adam Ahmad. Tin..tinnn…bunyi hon kedengaran di luar rumah Adam. Sa’id berjalan keluar menuju ke pintu untuk melihat siapa yang datang. Posmen datang mengahntar surat dengan muka yang tersenyum bangga. Ss’id kehairanan melihat gelagat posmen tadi. Macam kera sumbang pun ada. “ishk, surat abang ni” getus hatinya. Ingin di buka takut di marah abangnya. Dia menyerahkan surat tersebut kepada...
Continue...


Semalam Yang Hilang (5)

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:23 PM 0 comments

******************************************* Hari ni Adam rasa bahagia kerana bakal berjumpa dengan buah hati Adam. “Assalamualaikum” “aik, takkan la dia tutup muka dia dengan sapu tangan?” bicara hati Adam. “Wa’alaikumusalam,”sambil memandang ke arah luar Asikin menjawab salam “ Segan ke?” “ Mestilah, dah Ad ni kenapa duduk sebelah Kin?Gi duduk jauh sikit.” “Hehe, baik bos. Pekerja menurut perintah”dengan nada selamba Adam bergalih tempat duduk. Banyak juga yang mereka borakkan. Kisah hidup, sejarah silam. Setelah hampir akhir tahun,...
Continue...


Semalam yang hilang (4)

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:22 PM 0 comments

******************************************** Suasana nyaman ketika berada di kampung memang mengasyikkan. Angin bertiup lembut mendinginkan suasana seluruh alam sebelum sang mentari datang dengan bahangnya. Embun-embun menitikkan airnya di tengah-tengah kebasahan dedaun dan kabus memenuhi alam sebelum menghilang. Siapa sangka disebalik keindahan ciptaan tuhan, masih ada yang melemaskan. Merimaskan. Menghargaikah mereka melihat alam ini hancur? Masih adakah seorang hamba yang bernama manusia yang berfikiran meluas sampai di persada akhirat? Masih...
Continue...


Semalam yang hilang (3)

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:20 PM 0 comments

Rintihan Adam makin lama makin sayu. Mengharapkan restu dari Ilahi supaya meredhai hubungan cinta antara seorang Adam dan Hawa. Namun pada hakikatnya Adam hanya mampu merancang dan berdoa akan tetapi hanya Dia yang layak memperkenankan hajat hambaNya. Tahajud Adam pada malam ini sungguh benar berlainan di rasai oleh dirinya. Amat sayu dan suram kelihatan di wajahnya. Ketenangan malam yang hening menggamit lagi perasaan hati Adam. Adam merayu lagi pada Yang Khalid: Hadirnya tanpa ku sedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku...
Continue...


Friday, May 21

mencari keikhlasan

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 11:24 AM 0 comments

assalamualaikum..ha...maaf la sibuk sangat buat penulisan..lupa plak nak upload tentg motivasi...kali ni akan di sambung mencari keilhklasan..bukan mencari konklusi tau...mencari keihklasan atau keredhaan...siri (10)Mencari keikhlasan tidak sama seperti mencari duit atau mencari harta. Mencari duit atau harta memang kita nampak dengan mata tetapi mencari keikhlasan seseorang memang sukar, sebab dia tak berbentuk dalam apa keadaan pun, kecuali org terbabit itu sahaja yg tahu samada dia ikhlas atau ada udang sebalik batu dlm melakukan sesuatu perkara.Ikhlas...
Continue...


Thursday, May 20

Semalam yang hilang (2)

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:17 PM 0 comments

Adam merupakan salah seorang peserta hafazan Al-Quran peringkat negeri Selangor. Masakan Adam tidak mengetahui hakikat ayat al-quran yang banyak di hafal. Akhirnya, Adam terpaksa merelakan hati berpindah ke sekolah yang dahulu paling tidak di sukainya. “Awak,yang kat pintu pagar tu. Berhenti.Bagi nama dengan kelas awak”sempat juga Adam menjeling tajam kea rah pengawas yang menahannya. “Adam Ahmad. Kelas tingkatan 4 Zamrud. Ada pape lagi tak? Lau tak da saya nak jalan dulu” dengan suara yang agak tegang Adam memandang pengawas yang menahan dia....
Continue...